/

Tujuh pasangan adik beradik dalam senarai 100 terkaya di India

ADIK-BERADIK jutawan, (dari kiri) Anil dan Mukesh Ambani, Malvinder dan Shivinder Singh serta Shashi dan Ravi Ruia. - Agensi
 
NEW DELHI 1 Okt. - Sebanyak tujuh pasangan adik-beradik yang masing-masing mengendalikan perniagaan milik keluarga tersenarai antara 100 orang terkaya di India.

Press Trust of India (PTI) yang memetik laporan Forbes India berkata, majalah itu menyenaraikan enam pasangan adik-beradik berada dalam kelompok 100 orang terkaya di negara ini.

Pasangan adik beradik terbabit ialah Shashi dan Ravi Ruia, Malvinder dan Shivinder Singh, Sudhir dan Samir Mehta, Shyam dan Hari Bhartia, Kapil dan Dheeraj Whadhwan serta Bharat dan Ravi Sheth.

Pasangan adik-beradik Mukesh dan Anil Ambani berada di tangga berasingan dalam senarai Forbes itu iaitu masing-masing di tempat pertama dan keenam dengan kekayaan masing-masing bernilai AS$27 bilion (RM83.4 bilion) dan AS$13.3 bilion (RM41.1 bilion).

Adik beradik Ruia pula menduduki tempat keempat dengan kekayaan bernilai AS$15 bilion (RM46.3 bilion), pasangan adik beradik Singh di tempat ke-16 dengan nilai kekayaan sebayak AS$4.2 bilion (RM12.9 bilion), adik beradik Mehta di tangga ke-27 dengan kekayaan sebanyak AS$2.5 bilion (RM7.7 bilion), pasangan Whadhwan di tempat ke-86 dengan nilai kekayaan sebanyak AS$650 juta (RM2.01 bilion) dan adik beradik Seth di tangga ke-99 dengan kekayaan bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Jika adik beradik Ambani bersatu, kekayaan kolektif mereka mungkin lebih daripada AS$40 bilion (RM123 bilion), walaupun kurang daripada nilai bersih orang terkaya di dunia, Carlos Slim yang memiliki kekayaan bernilai AS$53.5 bilion (RM165 bilion) dan juga Bill Gates, yang memiliki nilai kekayaan bersih sebanyak AS$53 bilion (RM163 bilion), lapor PTI.

Kekayaan pasangan adik beradik Ruia menyaksikan peningkatan sebanyak AS$1.4 bilion (RM4.32 bilion) sejak November tahun lalu, sementara Malvinder dan Shivender Singh memperlihatkan kekayaan mereka meningkat sebanyak AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) daripada 2009.

Menurut Forbes, India kini menjadi 'rumah' bagi 69 orang bilionair, berbanding 52 bilionair pada tahun lepas.

Senarai individu terkaya di India didominasi Mukesh Ambani yang memiliki kekayaan berjumlah AS$27 bilion (RM83.4 bilion), diikuti taikun industri keluli Lakshmi Mittal dan Wipro Azim Premji yang menduduki tangga kedua serta ketiga dengan kekayaan masing-masing bernilai AS$26.1 bilion (RM80.6 bilion) dan AS$17.6 bilion (RM54.3 bilion), lapor majalah itu. - Bernama

Adam Merah , Ahad, Oktober 03, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog