





- BERDURI... Ceratonotus steiningeri, kali pertama ditemui kira-kira 5,400 meter di dalam laut di Teluk Angola. Setahun selepas itu, ia juga ditemui di tenggara Atlantik dan tengah Lautan Pasifik.
- KAJI... seorang penyelidik mengkaji spesimen dalam akuarium bercahaya di Terumbu Karang Lizard, sebahagian daripada projek membanci hidupan laut.
- RUPA PELIK... sejenis siput yang ditemui di laut berhampiran Tokyo.
- PENEMUAN PENTING... spesies yang baru ditemui dinamakan cacing sotong. Ia ditemui di Laut Sulawesi.
- ANEH.... ketam buta dengan kuku ganjil berasal daripada keluarga Thaumastochelopsis yang semakin jarang dijumpai.
- BERBULU... gambar 'ketam yeti' dengan kuku berbulu dirakam pada 2006.
- BAGAI LAMPU... kopepoda kecil yang ditemui di pedalaman Lautan Atlantik pada Februari 2005.
- BERJURAI... naga laut, Phycodurus eques, yang kelihatan seperti rumpai laut hanyut.
- GULUNG... cacing polikaet yang ditemui dalam laut sedalam 925 meter di Teluk Sagami, Jepun.
- SAINTIS yang menyertai projek bancian menggunakan hampir 200 kajian untuk menganggarkan jumlah berat semua jenis organisma hidup termasuk tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma dalam dasar laut seluruh dunia. Zon kuning ke merah dalam peta menunjukan berat organisma lantai laut mencecah antara tiga hingga 10 gram karbon setiap meter persegi.
SEJUMLAH besar spesies ditemui di lautan di seluruh dunia menerusi kajian paling menyeluruh pernah diadakan, kata saintis minggu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Saintifik projek berkenaan, Dr Ian Poiner berkata, wujud banyak hidupan dari Kutub hingga ke perairan tropika dan laut dalam.
Banyak penemuan dilakukan mengenai kehidupan baru dengan kira-kira 6,000 spesies baru ditemui menerusi projek itu dan anggaran keseluruhan spesies kehidupan marin yang diketahui meningkat daripada 230,000 kepada hampir 250,000.
Sejenis udang yang dikenali sebagai Ceratonotus steiningeri, memiliki beberapa kuku dan pepaku kelihatan menakutkan. Ia ditemui lima tahun lalu kira-kira lima kilometer di luar pantai Atlantik Afrika.
Ia antara 800 spesies yang ditemui dalam penjelajahan penyelidikan, kata penemunya, Pedro Martinez Arbizu, Ketua Jabatan Pusat Kajian Biodiversiti Jerman.
Dia terkejut apabila menemui haiwan itu setahun kemudian, kira-kira 1,280 kilometer di dalam lautan tengah Pasifik.
Bagaimanapun, selepas berusaha selama 10 tahun, penyelidik mengaku mereka tidak boleh menganggarkan jumlah spesies di lautan dan ada yang berkata, jumlah spesies itu mungkin hampir sejuta.
Sebahagian spesies paling cantik dan menarik ditemui dalam tempoh 10 tahun itu termasuk udang Jurassic yang disangka pupus hampir 50 tahun lalu dan ketam yang dinamakan Ketam Yeti.
Bancian itu juga termasuk haiwan seni yang hanya boleh dibezakan dengan menggunakan mikroskop dan Poiner berkata, mungkin wujud lebih satu bilion pelbagai jenis haiwan seni seumpama itu di lautan.
Projek membabitkan lebih 2,700 saintis itu menghabiskan 9,000 hari di laut dan lebih 540 ekspedisi serta menggunakan teknologi baru seperti penandaan ikan untuk melihat ke mana mereka berenang, memasang tanda dan pengesan untuk mencatatkan data dan menggunakan sistem akustik menentukan populasi ikan.
Melalui projek berkenaan, mereka menyedari ikan tuna yang berada di utara Lautan Atlantik, sekitar perairan Amerika Syarikat, adalah sama dengan yang tinggal di pantai Sepanyol atau Mediterranean. Hal ini berlaku kerana ikan berkenaan berhijrah merentasi lautan.
Bancian itu turut menunjukkan kehidupan juga berada di kawasan paling tidak sesuai dalam laut.
Poiner berkata: "Ini kali pertama kita benar-benar mempunyai bancian mengenai kehidupan marin. Kini kita mempunyai garisan dasar global yang boleh kita gunakan untuk mengawasi perubahan pada masa depan, termasuk perubahan dalam kegiatan perikanan, pembangunan tenaga pada masa depan, penggalian minyak dan gas, kesan perubahan iklim, pemanasan lautan atau lautan menjadi mengandungi semakin berasid.
"Bancian itu turut merenung era lampau dengan menggunakan catatan sejarah penangkapan ikan, penemuan dan juga menu restoran, gambar ekspedisi menangkap ikan untuk melihat perubahan pada laut."
Poiner menjelaskan, pihaknya dapat mengesan kemerosotan teruk pada jumlah haiwan laut.
Dalam beberapa kes, populasi sesuatu spesies menurun hingga 90 peratus daripada garisan dasar sejarah dan ikan seperti yu gergaji yang ditangkap sekarang adalah lebih kecil berbanding masa lalu.
Dan haiwan yang berada di tempat terakhir rantaian makanan yang dikenali sebagai fitoplankton juga merosot berbanding hasil kajian yang dilakukan menerusi pemerhatian sejak 1899.
Poiner berkata: "Agak mengecewakan kadar perubahan laut lebih besar daripada yang kami jangka. Perubahan berlaku lebih awal daripada yang kita agak dan ia berlaku dengan cepat."
Dia memberi amaran, usaha pemulihan boleh dilakukan seperti yang berlaku dalam beberapa kes. Namun untuk mengembalikan populasi spesies seperti ikan paus akan mengambil masa yang sangat lama.
Marjaki Rawo
,
Selasa, Oktober 12, 2010
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Marjaki Rawo
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Spesies baru marin silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "