Khamis : 10 April 2025   
@ 12 Syawal 1446H / 10:26 AM

20Rabu,Oktober

Singapura jamin pulihara stesen kereta api Tanjong Pagar

Kerajaan Singapura memberi jaminan akan melindungi Stesen Keretapi Tanah Melayu di Tanjong Pagar selepas mengambil alih stesen tersebut daripada kerajaan Malaysia pada tahun depan.

SINGAPURA 18 Okt. - Singapura hari ini berjanji akan memulihara stesen kereta api bersejarah selepas negara jiran, Malaysia menyerahkan hak milik tanah kereta api di negara ini.

Menteri Luar Singapura, George Yeo berkata, stesen kereta api Tanjong Pagar yang dibina pada zaman British menjajah kedua-dua negara terbabit akan dilindungi.

Bangunan yang terletak di kawasan pelabuhan dan perdagangan yang ultramoden di Singapura itu akan dikosongkan pada 2011 melalui satu perjanjian yang berjaya menyelesaikan pertikaian ke atas hak milik tanah antara kedua-dua negara sejak sekian lama.

Kemudahan di stesen berkenaan akan dipindahkan ke Woodlands yang terletak di kawasan pinggir di utara berdekatan perairan Malaysia.

"Stesen kereta api Tanjung Pagar akan dipulihara dan bakal menjadi pusat 'tarikan' bagi sebarang pembangunan baru yang dilakukan di kawasan sekitarnya," kata Yeo ketika berucap di Parlimen hari ini.

Situasi semasa Singapura yang kekurangan tanah bagi tujuan pembangunan menyebabkan rakyatnya bimbang tapak stesen bersejarah tersebut akan dibangunkan untuk pembinaan pusat membeli-belah atau kondominium.

Minggu lalu, sekumpulan aktivis Singapura memulakan petisyen untuk memulihara bangunan stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjung Pagar serta sejarahnya untuk manfaat generasi akan datang.

"Saya mahu generasi akan datang mengetahui bahawa suatu masa dahulu, stesen ini menghubungkan Singapura dengan bahagian lain dunia... sebelum Internet memudahkan kita menggunakan Google bagi mencari sebarang maklumat.

"Bangunan lama mengingatkan kita mengenai asal-usul kita," kata Carolyn Seet yang melancarkan petisyen itu pada Julai lalu dan mewujudkan sebuah akaun Facebook 'Jadikan Stesen Tanjong Pagar sebuah Muzium'. - AFP

Mohd. Adam B. Firdaus , Rabu, Oktober 20, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Mohd. Adam B. Firdaus

Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog