2+4 hrs...Twogether Fourever

Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 9:27 PM

28Khamis,Oktober

Serangan Taun di Haiti [22 g@F]

Haiti: Taun belum berakhir

PORT-AU-PRINCE 26 Okt. - Wabak taun yang melanda kawasan luar bandar di Haiti sehingga meragut lebih 250 nyawa menunjukkan tanda-tanda mula reda semalam, tetapi pakar kesihatan memberi amaran wabak itu yang tercetus kembali di negara ini dalam tempoh lebih 50 tahun belum berakhir.

Pertubuhan bantuan menyertai operasi kerajaan untuk membersihkan air dan memberi amaran kepada penduduk luar bandar dan di ibu negara, Port-au-Prince di mana gempa bumi pada 12 Januari lalu mengakibatkan lebih sejuta mangsa terpaksa berlindung di kem-kem kotor yang memudahkan penyakit bawaan air itu merebak.

"Peringkat paling teruk sudah berlalu tetapi kita masih menghadapi kemungkinan bilangan kes taun melonjak semula," kata Pengarah Kementerian Kesihatan, Gabriel Timothee.

Katanya, situasi wabak mula menjadi stabil dengan hanya enam kematian dilaporkan sejak kelmarin.

Haiti yang tidak mengalami wabak taun dalam tempoh sekurang-kurangnya 50 tahun ialah negara membangun terbaru dilanda penyakit yang dihidapi oleh tiga hingga lima juta penduduk dunia setahun dan meragut 100,000 nyawa.

Kira-kira 1.3 juta mangsa gempa yang berlindung di kem-kem sementara bimbang dengan ancaman penyakit itu.

"Saya takut kerana air yang kami minum di sini tidak dirawat dengan betul. Saya sakit perut setiap kali minum air yang dibekalkan," kata Joseph Sidsen Guerry, 20, yang tinggal di kem Jeremie di tengah Port-au-Prince.

Pertubuhan kesihatan kini mahu mencegah wabak itu daripada merebak dari lembah tengah Haiti di mana ia mula dikesan pada minggu lepas.

Mereka kini memberi tumpuan kepada merawat pesakit, memantapkan pusat-pusat perubatan dengan mengadakan wad kuarantin dan mendidik orang ramai mengenai taun.

Timothee berkata, sekurang-kurangnya 259 orang maut sejak awal minggu lepas dan lebih 3,300 lagi jatuh sakit tetapi beliau menegaskan tidak ada kes yang disahkan berpunca di ibu negara. - AP

Mohd. Adam B. Firdaus , Khamis, Oktober 28, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Mohd. Adam B. Firdaus

Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog