/

Saudi beli senjata AS$60 bilion (RM186b) dari Amerika

WASHINGTON 21 Okt. - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan perjanjian jualan senjata bernilai AS$60 bilion (RM186.9 bilion) dengan Arab Saudi, rekod penjualan terbesar sebagai sebahagian usaha untuk menyaingi Iran.

Pembantu Setiausaha untuk Hal Ehwal Politik-Tentera, Andrew Shapiro berkata, rancangan tersebut membabitkan penjualan 84 buah pesawat pejuang F-15, 70 helikopter tempur Apache, 72 helikopter taktikal Black Hawk dan 36 helikopter ringan.

Penjualan yang turut dilengkapi dengan naik taraf 70 buah pesawat F-15 terpakai, 'tidak akan melebihi jumlah AS$60 bilion', tambahnya ketika pentadbiran Presiden Barack Obama memaklumkan kepada Kongres berhubung rancangan tersebut.

Kongres mempunyai kuasa untuk melulus atau menangguh perjanjian itu dan menurut Saphiro, Israel dijangka tidak menentang penjualan senjata tersebut.

Penghantaran senjata ke Arab Saudi akan dibuat dalam tempoh antara 15 hingga 20 tahun.

"Ia akan memberi mesej tegas kepada negara-negara di rantau itu bahawa kami komited untuk membantu keselamatan rakan penting dan sekutu kami di Teluk Arab dan seluruh Asia Barat," ujar Saphiro.

Walaupun beliau menyatakan penjualan berkenaan 'tidak sepenuhnya berkaitan dengan Iran', Saphiro mengakui sebahagiannya adalah bertujuan membantu Arab Saudi mengatasi ancaman daripada republik Islam bukan Arab itu di Teluk.

Pegawai pertahanan AS berkata, perjanjian itu telah diusahakan sejak beberapa bulan lalu berikutan Arab Saudi, yang semakin bimbang dengan peluru-peluru berpandu milik Iran.

Seorang pegawai kanan pertahanan memberitahu pemberita bulan lalu, 'jika kamu melihat kepada kerajaan (Arab Saudi), ancaman besar yang dihadapi mereka di rantau itu datang dari Iran'.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, pakej persenjataan tersebut 'memberikan keupayaan pertahanan untuk mempertahankan negara serta kemampuan pencegahan'.

Pakej pertahanan itu turut menyenaraikan beribu-ribu bom pintar berpandukan laser termasuk peluru berpandu JDAMS, Hellfire dan Sidewinder. - AFP

*

Ahmadinejad, Raja Abdullah berbincang

TEHRAN 21 Okt. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz mengadakan perbincangan melalui telefon berhubung hal ehwal serantau, perbincangan kali kedua dalam tempoh dua minggu.

Agensi berita rasmi Iran, Irna hari ini melaporkan, perbincangan malam semalam itu diadakan ketika hubungan kedua-dua negara yang saling bersaing itu tegang, berikutan peningkatan pengaruh Iran dalam politik Lebanon dan dalam proses pembentukan sebuah kerajaan di Iraq.

"Dalam perbualan telefon itu, pemimpin kedua-dua negara berbincang untuk meransang kerjasama dua hala dan juga perkembangan terkini serantau dan di pentas antarabangsa," lapor IRNA.

Ahmadinejad dan Abdullah kali terakhir bercakap melalui telefon pada 12 Oktober lalu, sehari sebelum pemimpin Iran itu melakukan lawatan rasmi ke Lebanon di mana beliau diberikan sambutan hebat oleh kumpulan Hezbollah.

Amerika Syarikat dan Israel mengkritik lawatan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu provokasi dan ancaman kepada kestabilan serantau.

Mengenai Iraq, Arab Saudi dipercayai menyokong bekas Perdana Menteri Iraq, Iyad Allawi dalam pilihan raya Iraq yang di adakan pada Mac lalu.

Penganalisis percaya Riyadh melihat pesaing Iyad, Perdana Menteri, Nuri al-Maliki sebagai sekutu rapat Iran.

Maliki semasa melawat Teheran Isnin lalu menggesa republik Islam itu membantu membina semula negaranya yang musnah akibat perang. - AFP

Red10 :: Fahami tektik jahat amerika mengadu-domba negara-negara Islam

Mohd. Adam B. Firdaus , Sabtu, Oktober 23, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Mohd. Adam B. Firdaus

Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog