PARIS 18 Okt. - Marilyn Monroe dilihat menyanyikan sebahagian lagu Gentlemen Prefer Blondes pada satu skrin yang digantung di dinding sementara di sebelahnya terpampang gambar Kristin Scott Thomas menarik rambut palsu dan menampakkan rambutnya yang berwarna gelap.
Petikan pendek dan gambar tersebut adalah sebahagian karya seni yang dipamerkan pada pameran filem dan rambut wanita Brunette/Blonde (berwarna hitam/perang) yang berlangsung bulan ini di La Cinematheque Francaise di Paris.
Ia menampilkan sedutan filem, televisyen, fotografi serta karya seni bagi mengenang kembali perkembangan penerbit filem dari generasi ke generasi yang menggunakan rambut wanita dalam menarik serta membentuk zaman mereka.
"Rambut wanita sentiasa menjadi perhatian penerbit filem dalam semua filem mereka," kata kurator Alain Bergala tanpa mengira gaya rambut baik keriting dan glamor seperti Veronica Lake, dibiarkan lepas bebas seperti Brigitte Bardot atau dipotong seperti gaya rambut Jean Seberg.
Katanya, rambut perang dilihat lebih 'berkuasa' pada kurun ke-20 dengan gaya rambut itu sering dipaparkan dalam filem-filem Hollywood.
Perkara itu jelas dinyatakan melalui satu klip arkib Lana Turner tentang kaedah yang perlu diikuti kaum wanita untuk mendapatkan rambut pendek keriting berwarna perang seperti yang digayakannya.
Dalam satu klip video lain, aktres Jane Fonda menceritakan pengalaman awalnya semasa menceburi industri perfileman tentang bagaimana rambutnya yang berwarna gelap ketika itu dikatakan tidak 'komersial', sehingga memaksa dia mewarnakannya dengan warna perang.
Pameran di Paris ini turut menyingkap perkara yang lebih luas iaitu politik di sebalik rambut selama berdekad-dekad.
Daripada kurun ke-19 semasa zaman Suffragette, gaya rambut 'flapper' pada 1920-an hinggalah kepada potongan rambut pendek rock klasik oleh Jean Seberg sekitar 60-an, rambut pendek melambangkan kebebasan wanita, sementara aktivis Black Panther menggelarkan gaya rambut afro sebagai satu bentuk protes.
Sebuah filem propaganda Perang Dunia Kedua sebagai contoh, memaksa wanita mengubah gaya rambut panjang beralun Veronica Lake kepada potongan rambut pendek kerana Veronica Lake dalam filem itu dibayangkan hanya sesuai untuk pekerja kilang mesin semasa perang.
Dari segi lain, pameran tersebut turut menjelaskan bagaimana potongan rambut perang Nordic yang menjadi kegilaan dipandang oleh Nazi Jerman sebagai lambang suci daripada perkauman, merebak kepada Kesatuan Soviet pimpinan Josef Stalin yang menyanjungi rambut perang hinggalah ke studio-studio filem di Amerika Syarikat (AS).
Mitos rambut Barat tidak termasuk golongan kulit hitam, Hispanik dan etnik minoriti, namun pameran itu turut menekankan gaya rambut dalam budaya negara lain termasuk Jepun, Asia Barat, Afrika dan India.
"Dalam industri filem India, apabila dua watak bercinta, mereka tidak boleh menunjukkan babak bercium, jadi mereka akan menunjukkan emosi itu dengan rambut wanita yang ditiup angin," kata Bergala. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "