2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pakar temui bahasa baru

WASHINGTON 6 Okt. – Sepasukan pakar bahasa, semalam mengumumkan bahawa mereka telah menemui satu bahasa baru dan unik yang dipanggil Koro di timur laut India, dan memberi amaran bahasa itu kini terancam.

Menurut para penyelidik yang menemui Koro semasa mengadakan ekspedisi projek National Geographic 'Enduring Voices', hanya kira-kira 800 orang dipercayai bertutur bahasa Tibet-Burma itu dan beberapa orang daripada mereka berusia bawah 20 tahun,

Menurut mereka, bahasa tersebut tidak mempunyai bahasa tulisan.

"Kami menemui sesuatu yang terancam dan sedang membawanya keluar," kata Fellow National Geographic, Gregory Anderson, salah seorang ketua ekspedisi itu yang menemui bahasa Koro.

"Jika kami menunggu selama 10 tahun untuk mengadakan ekspedisi ini, kami mungkin tidak dapat bertemu seramai orang seperti ini yang boleh bertutur dalam bahasa tersebut," katanya.

Bahasa Koro agak berbeza dengan mana-mana bahasa Tibet-Burma dengan hanya kira-kira 150 orang daripadanya sahaja ditemui di India, agak mustahil untuk menemui mana-mana bahasa daripada rumpun yang sama yang ada kaitan rapat dengannya.

Bahasa berkenaan ditemui dalam wilayah Arunachal Pradesh, satu kawasan terpencil dan bergunung-ganang yang memerlukan pelawat yang mahu ke sana perlu mendapatkan permit khas.

Beberapa orang pakar bahasa yang pernah bekerja di Arunachal Pradesh tidak pernah mencatatkan mengenai bahasa yang dituturkan di sana.

Ekspedisi National Geographic yang turut disertai ahli bahasa India, Ganezh Murmu dari Universiti Ranchi, sedang mengesan dua bahasa lain iaitu Aka dan Miji yang diketahui ditutur di sebuah daerah kecil di Arunachal Pradesh.

Mereka pergi dari rumah ke rumah yang diperbuat daripada buluh di perkampungan yang terletak di kawasan berbukit, pasukan penyelidik bercakap dengan penduduk dan merakamkan istilah-istilah yang mereka gunakan.

Ketika mereka menjalankan tugas itu, mereka menemui bahasa ketiga, yang tidak didaftarkan dalam senarai bahasa standard antarabangsa mahupun dalam kajian bahasa India. Bahasa ketiga itu ialah bahasa Koro.

Pakar bahasa membuat rakaman pertama bahasa Koro dengan mengabadikan beribu-ribu perkataan sepanjang ekspedisi itu yang dimulakan pada 2008.

Bahasa itu mempunyai inventori bunyi yang berbeza dengan bahasa-bahasa lain di wilayah itu dan juga mempunyai susunan kata serta ayat yang tersendiri.

Contohnya, dalam bahasa Aka, perkataan 'babi' ialah 'vo', manakala dalam bahasa Koro 'babi' disebut 'lele'.

"Walaupun keadaan geografi mereka sama, namun bunyi kedua-dua bahasa berkenaan berbeza, umpama perbezaan antara bunyi perkataan bahasa Inggeris dan Jepun," kata seorang lagi fellow National Geographic, David Harrison, yang juga salah seorang ketua ekspedisi itu dalam bukunya The Last Speakers yang diterbitkan, baru-baru.

Dengan penemuan bahasa Koro itu, bahasa yang dituturkan di dunia kini berjumlah 6,909 bahasa.

Namun menurut ahli bahasa, separuh daripada bahasa tersebut diancam kepupusan ekoran perubahan budaya, sikap pemalu etnik, penindasan kerajaan dan faktor-faktor lain.

Salah satu tujuan utama National Geographic melalui projek Enduring Voices ialah untuk mendokumenkan bahasa-bahasa yang diancam kepupusan.

Pasukan berkenaan merancang untuk kembali ke India pada November ini untuk meneruskan kajian mengenai bahasa Koro.

Satu kajian saintifik mengenai Koro akan disiarkan dalam jurnal Bahasa-bahasa India. – AFP

Muhammad Ttuyup , Jumaat, Oktober 08, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog