KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan semalam meminta orang ramai berwaspada terhadap ancaman bakteria kebal antibiotik, Superbug yang muncul dengan baka genetik baru selepas dikesan menyerang pesakit di Jepun, India, Pakistan dan United Kingdom (UK).
Walaupun setakat ini bakteria itu belum dikesan di Malaysia, pihak berkuasa kesihatan bimbang peningkatan perjalanan keluar masuk orang ramai khususnya pelancong mendorong ia bertukar menjadi wabak global.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serangan bakteria itu berbahaya kerana ia sudah dikenal pasti kebal terhadap semua jenis antibiotik.
"Kita sudah memulakan langkah pengawasan di semua hospital seluruh negara terutama jika ada kes bakteria yang mempunyai rintangan tinggi terhadap antibiotik,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
+
Satu Kes Superbug Dikesan Di Malaysia, Kata Liow
GUA MUSANG, 26 Okt (Bernama) -- Satu kes "superbug", bakteria kebal kepada hampir semua antibiotik dikesan bulan lepas di Malaysia, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Liow berkata bagaimanapun pesakit itu telah sembuh sepenuhnya dan tidak berbahaya kepada orang luar, namun kementeriannya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kes ini tidak merebak.
"Pesakit itu seorang pesakit perempuan dan telah dirawat di Hospital Ampang...beliau sudah keluar tetapi masih berterusan menerima rawatan.
"Tetapi beliau mempunyai sakit lain, leukemia...superbug tidak menimbulkan ancaman bahaya kepada pesakit tertentu ini...kerana bakteria ini hanya colonize iaitu pembawa dan dia bukan mendatangkan kesan kepada tubuh, bakteria itu hanya hidup dalam tubuh pesakit itu," katanya kepada pemberita semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Galas di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini hari Selasa.
Beliau berkata antara sebab berlakunya superbug ini adalah disebabkan pengambilan antibiotik berlebihan.
Kementerian Kesihatan telah memberi arahan kepada para doktor supaya mengikut prosedur ditetapkan dalam pemberian antibiotik dan tidak memberi dengan sewenang-wenangnya.
Kejadian jangkitan bakteria superbug mula dikesan pada 2008, dan direkodkan di seluruh dunia termasuk India, Pakistan dan United Kingdom.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "