"FIKRI... Fikri..." Badan sasa yang berbaring di sofa digoyang-goyangkan. Lena sungguh tidurnya.
Biasanya dia tidak gemar tidur lena di atas sofa navy blue itu. "Fikri... Bangun nak. Dah solat Isya?"
Berat sungguh rasanya mahu membuka kelopak mata. Matanya yang menangkap imej samar-samar digenyeh.
"Mak." Dia beralih posisi, dari berbaring ke posisi duduk. "Sofie mana mak?"
"Ada kat bilik mak, dia dah tidur. Dia kata rindu nak tidur dengan mak."
Mata Fikri melilau, mencari wajah yang mempesonakan mindanya. Kelembutan tingkah laku yang selalu dirindui.
"Nape Sofie tak tidur dengan Isya mak?" spontan pertanyaan itu disalurkan ke pendengaran Mak Limah setelah wajah yang dicari tiada di hadapan mata.
Bertambah kerutan dahi di wajah tua Mak Limah. Kenapalah budak ni. Demam gamaknya. "Siapa Isya tu?"
"Mak ni, buat-buat tak tahu pulak. Isya tu kan isteri saya." Kenapa pulak boleh orang tua ni tak kenal. Bukan ke dia yang menepung tawar masa persandingan tempohari.
"Memang mak tak tahu. Bila masa pulak kau kahwin. Tu la, balik kerja terus tidur, tak basuh kaki kan dah mengigau."
Fikri hanya mampu tersengih. Malu rasanya. Aku bermimpi rupanya. Alahai, kenapala mimpi aje, kan best kalau realiti. Emosional sangat, sampai mimpi dengan realiti pun tak reti beza. Dia tersenyum sendiri.
"Yang kau tersengih lagi tu kenapa? Dah pegi solat. Lepas tu basuh kaki, mandi ke. Dah siap semua baru tidur. Kalau tak nanti mengigau lagi."
Mak Limah memulakan langkah menuju ke biliknya. Dia berpaling kembali melihat Fikri yang masih lagi tersenyum sendirian. "Siapa budak Isya tu? Macamana orangnya?"
"Alah mimpi aje mak. Bukannya betul-betul ade." Lantas Fikri mendaki tangga menuju biliknya.
Malu bukan kepalang. Nasib baik dengan Mak Limah. Kalau dengan kawan-kawan lain tentu dah kena gelak panjang.
--ooOoo-
FIKIRANNYA berserabut. Apa yang dibuat semuanya serba tak kena. Dia tak tahu bagaimana cara untuk menolak lamaran Fikri. Kotak baldu merah berbentuk hati dibuka kembali. Merenung cincin bermata satu. Tak seharusnya dia menerima cincin itu. Baginya dia bukanlah wanita yang layak untuk menerima cincin tersebut.
Bunyian yang keluar dari pembesar suara komputer membuatkannya tersentak. Dia hampir terlupa yang dia sedang berinteraksi dengan rakannya melalui Yahoo Messenger. Matanya beralih ke skrin komputer.
atila: BUZZ!!!
atila: tgh bz ke? Sonyap aje...
dfarisya: Nope. Mengelamun sekejap. Ada prob sket la.
atila: Prob apenya? Blh cite ke?
'Aik, busy body pulak budak ni. Tapi ok juga kalau cite kat dia, mana tau dia boleh tolong.'
dfarisya: Ada org lamar aku la. Duda anak satu. Camne hah nak tolak?
atila: Ala, ko cakap aje kat dia blh blah! Wakakakaka. Member aku da nk kawen. Sukanya aku.
'Eh, ini sudah lebih. Bukannya nak tolong, makin digelakkan aku.'
dfarisya: Hampeh tol.
dfarisya: Aku mintak tlg la. Tlg aaa. Ko kan xpert dlm bidang ni."
'Hehehe. Jek sikit, mesti cair punya.'
atila: Xpert taik kambing ko.
atila: |berfikir|
'Apa lambat benar nak fikir-fikir ni. Takpe Isya, sabar-sabar.'
atila: Ko cakap la ko blm bersedia.
'Setakat tu aku pun dah boleh khabarkan kat mamat gila tu. Carila yang lebih advance.'
dfarisya: Kalo dia xleh trima?
atila: Ko cakap la yg ko x bleh trima dia. Ko blh trima dia sbg kawan aje. Ko ugut dia, kalo nk kawan ngan ko lg jgn cite pasal lamar tu.
dfarisya: Btl gak. Aku cuba.
atila: Cubala... Chaiyo' chaiyo'
atila: gtg mittin
atila: |sign out|
Betul juga, boleh pakai juga idea minah sekor ni. Farisya termenung lagi, memikirkan masa depan Sofea yang tidak beribu. Kasihan rasanya meninggalkan anak kecil itu kesepian tanpa belaian ibu yang menyayanginya. Kenapalah aku diuji sebegini. Belum tiba masanya untuk itu. Banyak perkara yang perlu di selesaikan.
Cincin bermata satu direnung kembali. Bagaimana agaknya cara yang terbaik dan sopan untuk memulangkannya. Silinder bersalut baldu biru pemberian Fikri dicapai. Bekas cincin ditutup lalu di masukkan ke dalam silinder tersebut.
Ya Allah berikanlah hambaMu ini kekuatan di dalam menempuh ujianMu.
Dia mengumpul kekuatan yang tersimpan di dalam diri. Keputusannya itu nekad, muktamad. Tiada lagi talian hayat. Dia mesti menolak lamaran Fikri. Dia takkan menunduk lemah walau apa jua alasan yang diberikan oleh Fikri untuk mendapatkan dirinya.
Laa... dah pukul 6 petang. Patutpun senyap-sunyi dunia. Pantas Farisya mengemas meja. Menghimpun helaian-helaian yang perlu disambung esok di sudut kanan meja. Segala alatulis dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam mug yang tidak bertangkai. Dia mengemaskan diri agar penampilannya kelihatan anggun.
--ooOoo-
MATANYA tak putus-putus merenung jam di tangan. Hamparan rumput menghijau tidak lagi berseri baginya. Ketenangan air tasik tidak lagi memdamaikan. Resah hati menanti kehadiran wanita itu.
Bukan untuk memadu kasih. Hanya mendengar jawapan 'ya' atau 'tidak' itu saja.
Senyuman memekar di bibir apabila peristiwa lucu malam tadi terlayar di minda. Dia menyedari dirinya terlalu ghairah untuk mendapatkan Farisya. Sedangkan gadis itu tidak lagi memberikan kata putus. Mindanya sering meyakinkan dirinya bahawa dia akan memiliki hati Farisya.
Kegairahannya untuk mendapatkan hati Farisya membuatkan Tina dan kenangan bersamanya tidak lagi bertakhta di minda. Semua itu disimpan di satu sudut terpencil di mana mindanya belum dapat mencapainya. Segala fakta mengenai Tina tidak dicapai oleh minda, apa yang berada di minda adalah usaha untuk memiliki Farisya.
Alamak! Mamat tu tengah tunggu. Keberanian yang baru dibinanya tadi kian luntur hingga tiada berbaki. Lantas memanggil salah seorang kanak-kanak yang sedang bermain untuk mewakili dirinya. Silender berbalut baldu biru itu bertukar tangan, dia mengarahkan kanak-kanak itu memberikannya kepada Fikri.
Lantas dia berpaling setelah anak kecil itu mula berjalan mendapatkan Fikri. Farisya menutup pintu kereta dan memerhati dari jauh. Tidak berdaya untuk dia menampilkan dirinya. Takut-takut perkara yang tidak dijangka berlaku.
'Assalamualaikum...
Terlebih dahulu saya memohon maaf. Saya terpaksa menolak permintaan awak. Saya bukanlah yang selayaknya untuk menerima cincin ini.
Terima kasih kerana sudi memberi saya peluang. Saya tak fikir yang kita serasi bersama. Saya fikir lebih baik kita berkawan dari berkeluarga.
Maafkan saya sekali lagi.
dFarisya'
Pedih hatinya untuk menerima kenyataan itu. Helaian A4 itu dikoyak hinga menjadi kecil. Matanya merenung sedih cebisan kertas yang ditiup angin. Dia mengharapkan ingatannya terhadap Farisya juga hilang bersama terbangnya cebisan-cebisan itu.
--ooOoo-
KEJAM sangat ke aku ni? Salah ke aku menolak dengan cara sebegitu? Aku bukannya berani berhadapan dengan lelaki untuk memberikan rasa kecewa. Aku tahu betapa kecewanya jika lamaran ditolak. Salahkah aku menolak jika belum waktunya? Farisya mengeluh panjang.
Dilunjurkan kakinya. Duduk berehat di atas pangkin luar rumah memang menyamankan.
Terlayar kembali Fikri mengoyak surat pemberiannya petang tadi. Dia tahu lelaki itu kecewa. Tapi apa dayanya. Cebisan-cebisan kertas yang melayang terbang sudah cukup untuk menggambarkan perasaan lelaki itu. Semoga kau kuat Fikri. Pandanglah semua secara matang.
"Kak Isya. Call." Wajah tenang Rita yang menghulur cordless phone ditatap. Cordless phone bertukar tangan. Rita berlalu masuk, membiarkan Farisya berbual dengan lebih selesa.
"Assalammualaikum..."
"Walaikumussalam... Maaf ganggu Isya." Berderau darah Farisya mendengar suara itu. Bimbang juga sekiranya rasa amarah pemuda itu terhambur.
"Isya..."
"Ya saya... Still here..."
"Kenapa Isya tolak..."
Pantas Farisya memotong kata. Dia pasti apa yang ingin dipersoalkan oleh lelaki itu. "Encik Adam Fikri, saya mintak maaf. Kes kita ni bukan macam kes puppy love. Main 'saya suka awak, awak suka saya, kita couple'. Kes kita ni tentang masa depan. Masa depan awak, masa depan saya dan masa depan Sofea. Bagi saya, saya tidak boleh menerima awak. Lagipun kita baru aje kenal."
Panjang lebar Farisya berleter. Dia mahukan Fikri memahami keadaannya.
"Berikan satu alasan kenapa awak tak boleh terima saya."
Ish, tak puas hati lagi ke? Camne ni. "Saya tak boleh terima mana-mana lelaki buat masa ni. Terimalah keputusan saya ini secara dewasa."
"Ok. Saya cuba terima. Tapi ketahuilah, saya tetap ingatkan awak sampai bila-bila." Talian diputuskan setakat itu.
Farisya mengeluh lagi. Mungkinkah Fikri boleh menerima alasan itu? Alasan sebodoh itu yang diberikan mana mungkin akan diterima oleh lelaki. Biarlah dia. Kalau dia betul sayangkan Sofea, kenapa dia tak pujuk balik ex-wife dia? Mungkinkah wanita itu terlalu berdosa hinggakan Fikri tak mampu memaafkannya. Kasihan Sofea. Wajah comel itu terbayang di ruangan mata.
--ooOoo-
NAFAS panjang dihela. Dia sendiri tidak begitu pasti mengapa dia amat tertarik untuk memperisterikan Farisya, walaupun wanita itu baru saja dikenali. Mungkin kerana kesesuaian di antara wanita itu dengan anaknya, membuatkan dia benar-benar terpikat.
Dia merenung jauh, menghisab dirinya. Apa yang kurang? Baginya tiada apa yang kurang, sehinggakan dia tidak terfikir Farisya akan menolak lamarannya. Mungkinkah gadis itu sudah berpunya? Tak pernah nampak dating pun. Jumpa pun baru sekali dua, camne nak jumpa dia berdating.
Kepalanya digelengkan. Dia tahu pemuda itu kesepian. Lantaran teman hidup yang setia sudah lama pergi. Mak Limah menghampiri Fikri yang sedang termenung. Entah apa yang difikirkan tidak pula diketahuinya.
"Fikri." Panggilan lembut itu membuatkan Fikri memalingkan muka menatap wajah Mak Limah.
"Ada masalah ke?"
Diam saja pemuda itu. Makin resah dibuatnya. "Cakap la nak. Walaupun mak bukan mak Fikri. Tapi mak tau kau ada masalah."
Muka Mak Limah direnungnya. Benar kata orang tua itu. Dia tahu, banyak benar jasa yang sudah diterima. Mak Limahlah orang yang bertanggung jawab mengasuh dirinya semenjak ibu bapanya bercerai. Ibunya bertukar ke agama asal, kristian. Kerana itulah hak penjagaan diberikan kepada bapanya.
Sejak itu, tiada orang lain yang lebih memahami dirinya selain Mak Limah. Leteran, bebelan dan nasihat yang tak putus dari orang tua itu mendewasakannya. Kerana itulah dia sayangkan Mak Limah dan mengajaknya tinggal bersama walaupun setelah bapanya meninggal dunia.
"Apa yang susah sangat nak cakap ni?" Resah menanti jawapan dari Fikri. Dah bisu agaknya budak ni.
"Tak ada apa mak. Isya tolak lamaran saya. Saya tak tau apa lagi yang dia nak. Agaknya dia nak orang yang hensem aje jadi suami dia."
"Tak semestinya hensem."
"Habis saya ni terlampau hensem untuk dia ke?" Selamba Fikri berseloroh.
"Kau ni Fikri, ke situ pulak." Mak Limah merenung jauh ke dalam mata Fikri. Mencari ilham untuk bertingkah kata dengan anak muda itu.
"Awal sangat agaknya. Terkejut la dia. Gelojoh sangat la kau ni."
"Orang yang cantik macam dia tu kena propose awal-awal mak. Nanti orang lain kebas." Fikri menghela nafas.
"Lagipun dia dah suka dengan Sofie, Sofie pun suka dengan dia."
Mak Limah tersenyum. Nyata Fikri tidak mementingkan diri. Anak kecil tanpa ibu itu turut dikaitkan di dalam persoalan memilih pasangan hidup. Itu memang satu kemestian, dia tak nak cucu kesayangannya itu dibuli mak tiri.
"Ala. Relax la. Slow-slow man. Jangan gelojoh sangat."
Fikri tersenyum. Matanya menyoroti langkah Mak Limah. Perlahan menuju bilik tidur. Orang yang sudah berumur memerlukan tidur yang lebih lama berbanding Orang dewasa. Lagipun dia sudah biasa berjaga hingga ke larut malam.
--ooOoo-
"HAI Sofie." Tangan kecil itu disambut. "Dah lama Sofie tunggu?"
"Lama juga. Ingatkan auntie jadi datang." Sofie menunduk. Bagaimana untuknya meluahkannya. Dia tahu dia terlalu muda untuk memikirkan masalah orang dewasa. Tapi dia cuma ingin tahu.
"Kenapa auntie tak suka papa?"
Hairan, mengapa anak kecil itu boleh bertanya sedemikian. Berat rasanya meluahkannya. Bukan sekadar meluahkan. Tetapi dia harus menjelaskannya sehingga anak kecil itu faham.
"Bukan auntie tak suka. Cuma auntie tak boleh terima dia sebagai suami auntie."
"Kenapa?"
"Nanti Sofie dah besar pasti Sofie faham." Batu kecil di pinggir kaki diambil lalu dibalingkan ke permukaan tasik. Sofie menurut tingkahnya, membalingkan batu ke tasik.
"Kenapa auntie baling batu ke tasik?"
"Saja. Nak hilangkan tekanan kerja."
"Penat ke auntie keje?"
"Penat juga la. Yang lebih penatnya kat kepala. Banyak fikir." Farisya bangun lalu membersihkan punggungnya dari serpihan daun rumput.
"Jom kita jalan keliling tasik."
Sofie hanya menurut. Dia memang senang dengan wanita itu. Dia pasti bersyukur sekiranya wanita itu adalah ibunya. Kasih sayang yang tidak pernah padam dari wanita itu membuatkan dirinya terasa dihargai.
Mereka berjalan beriringan mengikut trek simen. Sesekali mereka berjalan di atas rumput apabila bertembung dengan orang sedang berjoging. Tiada kata yang terucap sepanjang mereka meniti trek simen itu. Hanya berbalas senyuman. Itu saja sudah cukup menggambarkan kemesraan yang terjalin antara mereka.
"Sofie kena balik ni. Papa tengah cari tu." Jarinya menuding ke arah pemuda yang sedang melilau sekeliling.
"Ok sayang. Jalan baik-baik."
"Kita jumpa lagi nanti ya. Sofie suka dengan auntie. Kan best kalau auntie jadi mak Sofie." Sofie berlari mendapatkan papa. Berpimpinan tangan dengan papa menuju kereta.
--ooOoo-
PENGUNJUNG yang bertamu di Restoran Ahmad Khan tidak begitu ramai. Mungkin kerana tiada perlawanan bola sepak yang ulung untuk ditonton. Suasana yang agak lengang membuatkan pasangan itu selesa untuk berbual masalah yang berbentuk peribadi.
NesLo ais dikacau dengan straw. Dihirup sedikit sebelum memulakan bicara.
"Fik, I dah fakir habis-habis. I boleh terima anak you. I akan jaga anak you macam anak I."
"Betul ke apa yang I dengar ni? Atau you saja nak mainkan I?"
"Betul! Promise!" NesLo ais dihirup lagi.
"Esok I akan hantar dia ke taman macamana you selalu buat. I nak practice."
--ooOoo-
HATINYA menyanyi girang. Mana taknya, dia sudah pun berjumpa dengan insan yang mampu mambuatkan dia terlepa seketika segala masalah kerjanya. Farisya cukup gembira meluangkan masa bersama Sofea. Saban petang mereka akan bertemu, duduk bersama, berbual dan kadangkadang berlarian di pinggir tasik itu.
Langkah girangnya terhenti. Bukan kerana Sofea tiada di hadapan mata. Dia pasti Sofea sudah lama berada di situ. Gelak tawa Sofea membuatkan hati girangnya bertukar cuaca. Farisya tidak berani untuk menghampiri Sofea yang sedang bergurau bersama seorang perempuan yang agak lampai. Siapa yer? Mak dia kot.
Farisya tidak tahu mengapa hatinya begitu terusik. Mungkin kerana dia berasa selesa bersama Sofea menimbulkan satu perasaan. Cemburu ke aku? Tidak, tak seharusnya aku cemburu. Sofea berhak menentukan kebahagiaannya. Mungkinkah dia tidak bahagia bersama aku? Soalan itu dibiarkan tanpa merumuskan apakah kebarangkalian jawapannya. Semakin difikir semakin berat rasanya.
Sedih rasa hatinya bagaikan ditinggalkan kekasih. Petang itu dia berjalan bersendirian. Tanpa peneman setia sebagaimana petang-petang sebelumnya. Kakinya melangkah longlai di atas trek simen itu. Keletihan lebih dirasai apabila berjalan tanpa teman. Lantas Farisya melepaskan lelah dengan melabuhkan punggung di atas pangkin batu.
Kasihan, mungkin baru ditinggalkan kekasih. Mak Limah berjalan menghampiri wanita muda yang sedang duduk mengadap tasik. Apa salah kita nasihat menasihati. Bukan niatnya untuk menjaga tepi kain orang. Sekadar memberikan pendapat, jika perlu.
"Assalammualaikum."
Terkejut Farisya dengan salam yang diberikan. Namun dia tidak lupa akan kewajiban menjawabnya.
"Waalaikumussalam." Dia cuba memaniskan mukanya dengan senyuman. Menyembunyikan kesedihan di hati.
"Boleh mak cik duduk?"
"Duduk la mak cik. Penat joging ke?"
"Ai, takkan joging pakai baju kurung." Tersenyum Mak Limah. Dia tahu wanita muda itu berseloroh.
"Mak cik tengok anak ni macam ada masalah aje. Putus cinta ke?"
Farisya tersenyum. Tang masalah tu betul, tapi tang putus cinta tu dah lari topik dah. Dia masih berdiam. Sukar untuk mentafsirkan perasaannya ketika itu.
"Kekasih dirampas orang mak cik."
"Ala... Kumbang bukan seekor. Esok lusa pasti ada pengganti. Nak meratap buat ape."
"Ish... ni bukan kumbang mak cik. Ni pasal bunga. Kuntum bunga."
Mak Limah gagal menangkap maksud yang cuba diperkatakan oleh Farisya.
"Takkan kamu ni lesbian?"
"Bukan." Senyuman masih lagi mekar di bibirnya. Kasihan melihat kerutan di dahi Mak Limah yang semakin bertambah.
"Selalunya, petang-petang macam ni saya ada teman. Anak orang mak cik. Selalu kami jumpa. Tapi hari ni rasanya dia dah ada pengganti saya."
"Biarkanlah dia. Kau doakan ajelah dia bahagia. Mak cik balik dulu. Assalammualaikum."
"InsyaAllah mak cik. Waalaikumussalam."
Dari kejauhan dia dapat melihat kehadiran Fikri disambut mesra oleh Sofea dan wanita bersamanya. Lagak mereka seolah satu keluarga. Untuk apa aku cemburu dengan kemesraan mereka. Sekurang-kurangnya Fikri dah menjalin kembali hubungan yang sudah putus. Namun Farisya tidak dapat menipu perasaannya sendiri. Dia bukan cemburu kerana Fikri, tapi Sofea.
Aku tidak layak untuk menjadi ibunya. Biarlah ibu kandungnya menyambung kembali tugas yang terhenti. Terasa sayu apabila melihat mereka berdua memimpin tangan Sofea. Sofea kelihatan gembira berada di antara pasangan itu. Mungkin kerinduan terhadap ibu telah terisi. Mungkinkah aku dapat bertemunya lagi? Mungkinkah Sofea boleh meluangkan masa untuk bersamaku.
Biarlah. Walau apa pun yang berlaku dia mengharapkan agar Sofea sentiasa girang dan lincah seperti selalu. Dia pasrah dengan apa yang berlaku. Farisya tetap menerima takdirnya jila dia tidak lagi dapat menemui Sofea. Bersyukur dia pada Allah kerana diberi peluang untuk bersama Sofea walaupun hanya seketika. Dengan pertemuan yang singkat itu memberikan dia pengalaman agar dia tabah di dalam usaha mendidik anak kecil.
...... bersambung .......

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "