2+4 hrs...Twogether Fourever

/

..:: Mungkinkah - Episod 2 ::..

Mata kecilnya memerhatikan sekeliling. Mencari wajah yang dikenali. Hanya sekadar memulangkan sesuatu. Luka di lututnya sudah beransur pulih. Nek Limah dah sapukan minyak gamat, pasti luka cepat sembuh.

Bangku simen di puncak bukit kecil itu menjadi sasaran. Sofea menghenyakkan punggung. Matanya memerhati air tasik yang berombak mengikut tiupan angin. Kepalanya dipalingkan bila merasakan sesuatu sedang menghampirinya. Senyuman girang dihadiahkan kepada wanita yang sedang menuju ke arahnya. Wanita itu menghampirinya lalu duduk bersebelahan.

"Puas Sofie tunggu auntie. Ingatkan auntie tak datang."

Tangan mulusnya mengusap kepala kecil di sebelahnya. "Mana boleh tak datang, ni kan pit stop auntie."

Sofea begitu selesa diperlakukan sedemikian, selain Nek Limah, tiada yang sudi mengusap lembut kepalanya. "Ni skaf auntie. Terima kasih. Siapa nama auntie? Nenek suruh pulangkan skaf ni dan tanya nama auntie."

"Auntie Daniya Farisya. Panggil saja Cik Isya."

"Bukannya Hawa la yer." Farisya menoleh ke belakang. Dia tidak menyedari bila mamat gila itu berada di belakangnya.

"Pandai saudari tipu saya yer."

"Papa dah kenal auntie ke?"

"Ha'ah. Dia la yang langgar kereta papa."

"Saudara..." pantas Fikri memotong. "Panggil saja saya Fikri, Adam Fikri."

"Saya takkan langgar kereta Encik Adam kalau encik memberikan signal." Bengang rasanya dipersalahkan sedemikian.

"Takpelah saya tau salah saya." Fikri melemparkan pandangan ke arah tasik.

"Dah lama ke Hawa kenal dengan Sofie?"

"Erm, kenal tak lama la, jumpa dia dua tiga hari lepas."

"Suka dengan dia?"

Farisya tersengih, barisan gigi putihnya jelas kelihatan. "Saya memang gemarkan kanak-kanak."

"Kebetulan..."

Kelakuan Fikri membuatkan Farisya bertambah pelik. "Saya cari orang yang sepatutnya terima sijil ini. Jadi saya rasa saya dah jumpa orangnya. Terimalah."

Baldu biru yang berbentuk silinder itu disambut oleh Farisya. "Untuk apa ni?"

"Awak bukalah, pasti awak tahu maksudnya." Fikri memimpin Sofea menuju ke kereta. Sofea memalingkan kepala seketika lalu melambai ke arah Farisya dengan senyuman.

 

Augerah Ibu Segera

Bahawasanya saya Adam Fikri bin Abdul Ghani dengan ini mengistiharkan gelaran tersebut di atas akan diberikan kepada anda atau secara tepatnya menjadi isteri saya sekiranya anda bersetuju menerima cincin ini.'

 

Gila! Mana mungkin, baru dua kali jumpa dah ajak kahwin. Memang sah mamat tu otaknya mereng. Gila talak gaknya kot. Farisya merengus, entah untuk kali ke berapa dia membaca sijil tersebut. Dia memang tidak boleh menerima mana-mana lelaki buat masa ni. Belum sampai masanya untuk berkeluarga. Baginya biarlah dia hidup bersendirian.

Lamaran Fikri benar-benar membuatkannya turut gila. Seharian dia berfikir bagaimana mahu menerangkan kepada pemuda tersebut. Email dari Fikri yang bertanyakan hal yang sama pagi tadi jelas menunjukkan kesungguhannya. Dari emailnya Fikri menyatakan bahawa dia bukan sekadar mahukan teman hidup, tapi, ibu kepada Sofea.

Tergesa-gesa Farisya menyimpan kembali kesemua bukti tersebut apabila pintu biliknya diketuk.

"Kak Isya, telefon." Suara dari luar pintu menyatakan tujuan pintu itu diketuk

"Siapa?" terpacul spontan kata tanya itu setelah pintu dibuka. Zureen hanya mengangkat bahu.

Farisya mendapatkan telefon yang diletakkan di sudut tangga. "Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam. Hawa, bagaimana?" dia mengecam suara garau itu.

"Er, saya belum habis fikir lagi la." Farisya mengetap bibir. "Lagipun saya rasa tak elok saya beritahu guna telefon."

"Ok, kita jumpa kat pit stop esok." Pantas saja talian diputuskan. Belumpun sempat Farisya memberikan persetujuan.

Terpaku Farisya di pinggir meja telefon. Wajah Sofea mula bermain di minda. Dia mula hilang ketegasan di dalam pilihannya. Dia kasihankan Sofea, atau lebih tepat dia sayangkan Sofea. Macam mana ni? Nak ke tak nak? Persoalan itu bermain di minda bermula dari sesampainya di bilik tidur sehingga dia tertidur.

--

Majlis pada hari itu berlangsung dengan gilang-gemilang. Terpamer raut ceria pada wajah Mak Limah dan Sofea. Persandingan pasangan raja sehari menyerikan lagi majlis tersebut. Fikri mengerling ke arah Farisya. Farisya menyedarinya lalu tertunduk malu.

Selesai sahaja majlis mereka berlima duduk berbual memandangkan malam masih lagi awal.

Pastinya Sofealah orang yang paling gembira pada hari itu. Dia tidak lagi merindui belaian kasih sayang dari seorang ibu. Dia pasti Farisya akan menjadi ibu yang baik untuknya.

Mak Limah cukup senang dengan kehadiran Farisya di dalam rumah itu sebagai salah seorang dari ahli keluarga. Baginya Farisya adalah wanita yang mudah mesra dan pandai menjaga hati.

Senyumannya mekar melihat Farisya dan Sofea sedang bermesra.

Fikri menghampiri mereka. "Terima kasih Hawa, kerana menerima Adam dan Sofea."

Farisya tersenyum. Sofea juga turut senyuman. Dan senyuman itu menyerlahkan lagi keseirasan wajah mereka. Farisya membelai lembut rambut Sofea yang juga halus lurus itu.

Muhammad Ttuyup , Jumaat, Oktober 29, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog