2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 8:45 AM

29Jumaat,Oktober

Misi NASA hantar angkasawan ke Marikh

LAKARAN artis menunjukkan Kapal Angkasa Seratus Tahun yang akan menghantar angkasawan menjajah planet lain.

SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) merancang satu misi berani untuk menghantar beberapa angkasawan dalam satu laluan sehala bagi membolehkan mereka tinggal di planet lain buat selama-lamanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Idea itu dikenali sebagai Kapal Angkasa Seratus Tahun bagi menghantar angkasawan menjajah planet lain. Dalam misi itu, beberapa angkasawan bakal dihantar ke planet seperti Marikh dan mereka mengetahui tidak lagi akan pulang semula ke Bumi.

Pengarah Pusat Penyelidikan Ames milik NASA, Pete Worden menyatakan bahawa pihaknya telah menerima pembiayaan sebanyak AS$1.58 juta (RM4.91 juta) untuk memulakan projek terbabit.

Pasukan penyelidik turut menerima wang tambahan sebanyak AS$100,000 (RM310,850) daripada NASA.

"Kami juga berharap dapat meminta beberapa orang bilionair untuk membentuk satu dana dikenali Kapal Angkasa Seratus Tahun. Program angkasa lepas sekarang sangat bermatlamat untuk membolehkan manusia tinggal di dunia lain," kata Worden.

Worden juga memberitahu, dia sudah berbincang mengenai kos penerbangan satu hala ke Marikh dengan pengasas bersama enjin carian Google, Larry Page.

Misi tersebut mungkin melibatkan kos AS$10 bilion (RM31 bilion). Dia menyatakan bahawa teknologi-teknologi baru seperti biologi sintetik dan pengubahsuaian genom manusia boleh diteroka dalam misi terbabit.

Worden mendakwa manusia boleh berada di bulan planet Marikh menjelang tahun 2030. - Agensi

Muhammad Ttuyup , Jumaat, Oktober 29, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog