JEDDAH: Kereta Api Mashair juga dikenali sebagai Metro Makkah yang menghubungkan kawasan tanah suci Mina, Arafah dan Muzdalifa dengan Makkah akan menjalani ujian selama 30 hari sebelum ia digunakan untuk mengangkut jemaah tempatan dan negara Teluk pada musim haji akan datang.
Menteri Hal Ehwal Majlis Tempatan dan Luar Bandar, Putera Mansour bin Miteb akan memeriksanya esok untuk memastikan kemudahan itu sudah bersedia untuk mengangkut tetamu Allah. Kewujudan Metro Makkah akan membawa perubahan dramatik dalam pengangkutan jemaah antara kawasan tanah suci di Makkah.Pembinaannya yang menelan belanja SR6.5 bilion (RM5.3 bilion) mampu mengangkut 72,000 jemaah sejam. Sembilan stesen dibina di Arafah, Mina dan Muzdalifah.
Ia adalah projek kedua terbesar dilaksanakan oleh kementerian berkenaan selepas Jambatan Jamrah di Mina, yang berharga SR4.5 bilion (RM3.7 bilion).
Timbalan Menteri kementerian terbabit, Habib Zain Al-Abidine berkata, untuk fasa pertama, ia akan mempunyai 10 kereta api dengan setiap satu sepanjang 300 meter. 'Setiap kereta api itu boleh membawa 3,000 penumpang."
Menurutnya, pihak berkuasa akan mengumumkan tambang kereta api itu selepas Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Naif membuat keputusan mengenainya.
Fasa kedua projek itu akan menghubungkannya dengan Masjidil Haram di Makkah dengan sebuah stesen di Jalan Umm Al-Qura. Ia juga akan dihubungkan dengan Kereta Api Haramain yang menghubungkan Makkah dengan Madinah dan Jeddah. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "