2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2010

Qatar Paling Sedikit Rasuah Di MENA, Kata Transparency International

DUBAI, 27 Okt - Qatar paling sedikit melakukan rasuah di kalangan negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), menurut Transparency International (TI).

Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2010, TI yang meninjau 178 negara, mendapati Qatar berada pada ranking ke-19 di peringkat global sementara UAE pada kedudukan ke 28, naik dua anak tangga daripada indeks sebelumnya.

CPI meletakkan UAE lebih tinggi dari Oman (41), Bahrain (48), Arab Saudi (50) dan Kuwait (54).

Denmark, New Zealand dan Singapura terikat pada kedudukan teratas dalam ranking global, diikuti rapat oleh Finland dan Sweden.

Terletak paling bawah ialah Somalia, di belakang Myanmar, Afghanistan dan Iraq.

Transparency International mentakrif rasuah sebagai salah guna kuasa diamanahkan untuk keuntungan peribadi.

Takrif ini meliputi amalan rasuah dalam sektor awam dan swasta. - Bernama

+

Somalia dahului senarai paling banyak rasuah

BERLIN - Somalia dinamakan negara paling banyak melakukan rasuah, diikuti dengan Afghanistan, Myanmar dan Iraq, menurut sebuah badan pemerhati antarabangsa.

Transparency International mendapati negara Afrika itu paling banyak terlibat dengan rasuah dan mendahului senarai 178 negara yang dikaji badan bukan kerajaan itu.

Sebanyak 75 peratus daripada negara yang ditinjau mendapat markah kurang daripada lima pada skala 10 (sangat bersih) ke 0 (sangat dicemari dengan rasuah).

Denmark, New Zealand dan Singapura pula berkongsi tempat pertama sebagai negara paling kurang rasuah, diikuti dengan Finland, Sweden, Kanada dan Belanda.

Malaysia pula kekal pada kedudukan ke-56, sama seperti tahun lalu, dalam indeks terbaru itu.

+

Malaysia 'tersangkut' di tangga 56 indeks rasuah

Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.

Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Tempat teratas dikongsi oleh tiga negara - Singapura, New Zealand dan Denmark daripada 178 negara yang dikaji.

Menurut TI Malaysia, meskipun laporan yang dikeluarkan petang tadi, menunjukkan negara menuju ke arah yang betul, namun masalah timbul ketika pelaksanaannya.

Presidennya, Paul Low berkata kejatuhan dalam markah itu "secara statistik tidak signifikan".

Beliau berkata kegagalan menangani rasuah akan mengagalkan usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi memandangkan pertalian terus antara rasuah dan pendapatan per kapita.

Di samping itu, katanya lagi, usaha yang dibuat oleh kerajaan melalui GTP belum lagi menghasilkan sebbarang kejayaan kerana faedah daripada usaha yang dilakkukan akan mengambil masa sebelum kesannya dapat dirasai oleh rakyat di negara ini.

Menurut setiausaha agung TI Malaysia, Ngooi Chu-Ing, antara yang paling ketara adalah persepsi umum bahawa kerajaan kurang azam politik untuk menangani rasuah.

"Kita boleh lihat sebagai contoh, terdapat kebimbangan di kalangan umu bahawa tiada "ikan besar" yang didakwa dan juga kemajuan yang lembab dalam mengenalpasti serta mendakwa individu yang terbabit dalam skandal PKFZ (Port Klang Free Trade Zone).

"Begitu juga dengan keputusan "tiada sebarang tindakan"" (NFA) oleh peguam negara terhadap individu-individu yang didakwa mempengaruhi pelantikan hakim dalam badan kehakiman dan amalan berterusan memberikan kontrak projek-projek Mega secara tidak telus," katanya.

TI-Malaysia, katanya mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa mendakwa disamping membolehkan badan itu melaporkan secara terus kepada ahli jawatankuasa parlimen.

"Pada masa kini, menteri kabinet mengistiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri namun butir-butir pengisytiharan harta mereka tidak pernah diumumkan kepada awam...kami juga menggesa ditegakkan kebebasan maklumat melalui pemansuhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Penerbitan dan Percetakan," katanya. - Malaysiakini

Mohd. Adam B. Firdaus , Jumaat, Oktober 29, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Mohd. Adam B. Firdaus

Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog