ATLANTA: Pengasas WikiLeaks, pertubuhan antarabangsa yang mendedahkan dokumen sulit tanpa menamakan sumber, Julian Assange, menyelar sikap kerajaan dan media Amerika Syarikat yang seolah-olah cuba menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku di Iraq.
Assange, 39, muncul di CNN minggu lalu bagi membincangkan pendedahan hampir 400,000 fail sulit daripada perang Iraq di dalam laman webnya.
Beliau menolak untuk menjawab apabila ditanya mengenai siasatan dakwaan rogol dan cabul yang dibuat dua orang wanita Sweden terhadapnya.
"Kami menyiarkan 400,000 dokumen sulit, paling hebat dalam sejarah sesebuah peperangan yang pernah didedahkan dalam tamaddun kita. Dokumen itu mendedahkan 109,000 kematian.
"Adalah tidak wajar untuk membawa perkara sensasi yang sebenarnya satu dakwaan palsu dan masalah yang sebenarnya amat kecil berbanding kematian 109,000 orang. CNN patut malu kerana berbuat demikian dan anda Larry, anda juga patut berasa malu," katanya.
Ini adalah kali kedua Assange hilang sabar ketika ditemuramah di televisyen. Hujung minggu lalu, beliau meninggalkan satu temuramah dengan CNN di London.
Assange, seorang warganegara Australia masih disiasat di Sweden tetapi sehingga selepas dua bulan, pendakwa belum mengemukakan tuduhan rasmi terhadapnya.
Beliau berkata, pada masa lalu, dakwaan seperti itu adalah sebahagian daripada kempen untuk mencemarkan nama nama baiknya yang didalangi Washington.
King bagaimanapun berkata: "Apa yang patut anda lakukan hanyalah berkata bahawa dakwaan itu palsu. Apabila anda berkata ia perkara remeh, maka saya ingin katakan bahawa rogol bukan perkara remeh. Apabila anda katakan ia adalah palsu, itulah jawaban anda. Itu saja yang kami mahu dengar." – Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "