- Allah tidak menjadikan penyakit melainkan di jadikan Nya juga ubatnya, kecuali mati. Firman Allah SWT bahawa siapa yang hidup menurut petunjuk Al Qur ' an akan lanjut usianya.
- Asal segala penyakit ialah makan. Oleh itu, makanlah apabila anda kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu.
- Perut rumah penyakit dan puasa raja segala ubat. Oleh itu, jadikanlah ia kebiasaan anda.
- Pada pandangan Allah makanan yang paling baik ialah makanan yang di makan beramai ramai.
- Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan, makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim, makan dengan dua orang lain ialah makan dengan para Nabi a.s.
- Biarkan makananmu agak sejuk sebelum memakannya, kerana makanan yang panas itu tidak berkat.
- Apabila makan, tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih rehat. Inilah nasihat yang baik.
- Ada keberkatan pada makanan ditengah pinggan. Oleh itu, mulakan makan makanan yang di tepi pinggan dahulu, bukan mula dari tengah. (Pengertian hadith ini ialah seseorang itu hendaklah jangan tamak iaitu mementingkan diri sendiri dan hendaklah membenarkan orang lain sama mendapat berkat, jangan seorang diri saja).
- Ada keberkatan dalam tiga perkara: dalam sarapan pagi, dalam roti, dan dalam sup.
- Berus gigi dengan ' miswak' (berus gigi kayu yang biasanya dibuat daripada dahan pokok (pokok pelu) selepas makan dan kemudian berkumur kumur, kerana kedua keduanya amalan ini adalah penjaga gigi.
- Gunakan ' miswak' kerana amalan ini datang kebersihan, dan kebersihan datang dari iman, dan iman membawa orang itu ke Syurga.
- Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan hingga habis langsung (iaitu tidak membazir).
- Makan bersama barulah bersurai, kerana keberkatan itu ada dalam kumpulan.
- Kurang makan kurang dosa.
- Mengumpulkan dalam perkara berikut adalah dilarang iaitu mengumpul gandum, barli, kismis, seko, lemak, madu, lebah, keju, sejenis pokok yang buahnya berkulit keras dan boleh dimakan (walnut) dan zaitun.
- Jangan minum berdiri kecuali orang yang berpenyakit senggal pada pangkal paha (sciatica).
- Sarapan pagi waktu fajar (dini hari) ada berkatnya.
- Ketika Rasul SAW mikra ' j, tidak ada seorang Melaikat pun yang tidak berkata, " Wahai Muhamad s.a.w beritahu umatmu supaya berbekam." Rawatan yang paling baik ialah berbekam, ketumbar dan costus (sejenis herba).
- Siapa yang sakit 7 hari, maka ia adalah penebus dosa 70 tahun.
- Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata dan tidak ada kerunsingan kerana berhutang.
- Apabila nabi Muhamad s.a.w melawat orang sakit, baginda biasanya berkata: " Hindarlah pedaya iblis, kekuatan itu dengan Allah, sembuh dan disembuhkan, tidak ada yang menyembuhkan melainkan Allah".
From: zZuUaA [ zua@yahoo.com.my ]
Sent: Monday, 12 November, 2007 10:03:58 AM

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "