Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 11:31 AM

24Jumaat,September

Twitter digodam akibatkan tetingkap 'popup' terbuka

NEW YORK 22 Sept. - Satu cara baru untuk menimbulkan huru-hara merebak dengan pantas pagi semalam, menerusi khidmat pesanan ringkas Twitter sebelum masalah itu sempat diatasi, apabila mesej 'tweet' misteri yang berupa teks dikaburkan membiak dengan sendiri dan menyebabkan tetingkap 'popup' dibuka.

Sejurus sebelum 10 pagi semalam (10 malam tadi waktu Malaysia), Twitter menerusi suapan 'keselamatan' di laman webnya berkata, serangan itu telah berjaya ditangkis.

Ia juga berkata, tiada maklumat pengguna yang dipercayai terjejas, sebaliknya 'majoriti besar' serangan itu adalah perbuatan nakal atau promosi.

Penggodaman itu sangat jahat kerana mesej tweet menjadi aktif tanpa perlu diklik, sekadar memadai untuk pelayar laman web menggerakkan tetikus mereka di atas mesej itu.

Bagaimanapun masalah itu hanya menjejaskan pengunjung ke laman Twitter.com. Pelbagai program pihak ketiga yang digunakan untuk menghantar dan membaca tweet seperti Tweetdeck tidak terjejas.

Tetingkap 'popup' itu tidak semestinya mengandungi kod perosak yang boleh mengambil alih komputer yang tidak dilengkapi sistem pelindung yang kukuh.

Suapan rasmi Twitter White House yang diikuti oleh 1.8 juta pengguna turut terjejas walaupun mesej misteri itu segera dipadamkan.

Kena pada tempatnya bagi Twitter, yang membataskan mesej kepada hanya 140 aksara, virus berkenaan mungkin antara yang paling pendek pernah direkodkan.

Virus terpendek setakat ini cuma sepanjang 22 aksara, menurut pengeluar perisian keselamatan, F-Secure Corp.

Penggodaman laman webnya kerap berlaku pada zaman awal Twitter tetapi syarikat tersebut telah berusaha untuk memperketatkan langkah berjaga-jaga dan masalah itu kini semakin kurang dihadapi. - AP

'Api' Harjan Milosevic , Jumaat, September 24, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog