2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Sidang MDG atasi kemiskinan global

NEW YORK 20 Sept. - Pemimpin dunia menghadiri sidang kemuncak hari ini bagi membincangkan misi sukar yang dirancang sejak berdekad-dekad lalu untuk membasmi kemiskinan, mengelakkan berjuta kematian akibat penyakit berjangkit serta memperbaiki hak sama rata menjelang 2015.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama; Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy; Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dan Perdana Menteri China, Wen Jiabao antara yang hadir membincangkan pelaksanaan Millenium Development Goals (MDG) atau Sasaran Pembangunan Alaf agar ia kembali ke landasan yang betul.

Namun, kebanyakan penganalisis berpendapat matlamat untuk mengeluarkan lebih separuh penduduk dunia daripada kemiskinan tegar, mengurangkan dua pertiga kematian di kalangan kanak-kanak sebelum berusia lima tahun serta membekalkan Internet ke negara miskin sukar untuk dilaksanakan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berkata, wang yang banyak serta kerjasama politik sangat diperlukan jika mahu melihat kempen MDG ini berjaya.

Kesatuan Eropah (EU) dijangka menyumbang sebanyak AS$1 bilion (RM3.1 bilion) kepada dana MDG, manakala Bank Dunia memberi AS$750 juta (RM2.33 bilion) untuk pembangunan dalam bidang pendidikan, menurut beberapa badan bantuan.

Ini bermakna untuk menjayakan sasaran tersebut, wang yang diperlukan adalah sebanyak AS$120 bilion (RM372.66 bilion) dan dengan krisis kewangan global yang sedang melanda, bermakna sukar untuk menerima dana baru daripada mana-mana komuniti dunia.

"Saya tahu MDG ini sukar dilaksanakan. Tetapi ia adalah janji pemimpin dunia yang mahu mengeluarkan berbilion penduduk dunia daripada kemiskinan tegar dan ini perlu diteruskan walau apa jua cara sekali pun," kata Ki-moon kepada pemberita.

Seramai 140 ketua negara akan menghadiri sidang kemuncak MDG itu bagi membuat satu deklarasi tentang kepentingan meneruskan matlamat tersebut yang merangkumi kepentingan pendidikan di peringkat sekolah rendah, menghalang penularan penyakit AIDS dan mencari langkah berkesan untuk memberi kuasa yang lebih kepada kaum wanita.

Namun, dokumen sidang kemuncak itu mengesahkan krisis kewangan merupakan penghalang utama kepada matlamat yang dicadang ketika sidang kemuncak Millennium pada 2000.

Ki-moon berkata, beliau yakin perjumpaan minggu ini mampu menyalurkan dana berbilion dolar lagi melalui kerjasama dengan beberapa ahli perniagaan yang sedia untuk menyumbang termasuk daripada jutawan komputer, Bill Gates. - AFP

Muhammad Ttuyup , Rabu, September 22, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog