WASHINGTON: Proses pergerakan magma dikesan berlaku di bawah kerak bumi di wilayah terpencil di barat-laut Arab Saudi hingga menyebabkan gegaran kecil, semalam.
Penyelidik berkata, pergerakan magma juga akan menyebabkan berlaku pembentukan gunung berapi baru.Kira-kira 30,000 gegaran dilaporkan berlaku di wilayah Harrat Lunayyir dari Mei hingga Jun tahun lalu dan mengakibatkan rekahan sepanjang lapan kilometer di kawasan itu, lapor pasukan Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Sepanjang tempoh itu, kerajaan Arab Saudi memindahkan 40,000 penduduk, namun membenarkan mereka pulang semula ke kediaman masing-masing selepas itu.
Bagaimanapun, penduduk diberi amaran supaya bersedia untuk meninggalkan kediaman mereka jika berlaku gegaran, lapor pasukan USGS dalam jurnal Alam Geosains.
"Penemuan ini menunjukkan wilayah terbabit menghadapi risiko akibat tindakan alam semula jadi," lapor penyelidik USGS, John Pallister serta rakan setugas di Universiti Sains dan Teknologi Arab Saudi dalam laporan berkenaan. Kawasan di Harrat Lunayyir lebih dikenali sebagai padang lahar atau 'harrat' dalam bahasa Arab, selain kon kecil gunung berapi yang dipanggil tefra.
Menurut laporan itu lagi, siri gegaran yang berlaku pada 2009 di Harrat Lunayyir, di samping pembentukan lahar dan kon gunung berapi membuktikan kawasan padang harrat masih aktif dan berbahaya walaupun kejadian letupan belum berlaku. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "