- SEORANG lelaki merakamkan gambar seorang wanita dengan komputer Galaxy Tab di pertunjukan Radio Berlin, Jerman semalam.
- KOMPUTER Galaxy Tab (kanan) dan komputer iPad (kiri).
BERLIN, Jerman Firma Korea Selatan, Samsung Electronik semalam mempamerkan sebuah komputer terbaru dikenali sebagai Galaxy Tab bagi menyaingi populariti komputer iPad keluaran Apple Inc.
Eksekutif Telekom Eropah Samsung, Thomas Richter pada pameran kepenggunaan elektronik terbesar di dunia anjuran Pertunjukan Radio Berlin (IFA) di sini menyatakan, gajet tersebut menawarkan kemudahan sidang video bergerak dan perbualan video selain fungsi Bluetooth, Wi - Fi dan rangkaian telefon pintar 3G.
Menurutnya, komputer keping nipis itu seberat 380 gram dan dilengkapi skrin sentuh 18 sentimeter iaitu tiga kali ganda lebih besar daripada skrin telefon pintar iPhone tetapi kira-kira satu pertiga lebih kecil berbanding skrin iPad.
Jelas Richter, Galaxy Tab didatangkan dengan sistem operasi Android 2.2 keluaran syarikat Google Inc. yang boleh membaca kod Protokol Alih Hiperteks 5 (HTML5) dan memainkan Adobe Flash Player tidak seperti iPad.
Gajet berkenaan akan membolehkan pengguna melayari Internet dan membuka e-mel sama seperti sebuah komputer biasa, tambahnya.
"Komputer keping Samsung Galaxy direka untuk membolehkan pengguna memaksimumkan pengalaman dalam talian mereka di mana sahaja mereka berada," kata ketua perniagaan telekom Samsung, J.K. Shin.
Harga komputer itu akan bergantung kepada pembekal telekomunikasi dan ia bakal dipasarkan di Eropah pada bulan depan sebelum dijual di Amerika Syarikat (AS) serta Asia pada musim luruh ini. AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "