2+4 hrs...Twogether Fourever

Selasa : 15 April 2025   
@ 17 Syawal 1446H / 12:45 AM

22Rabu,September

Daging klon bakal menu biasa 2012

Sukar bagi sebarang agensi untuk pantau
 
LONDON: Penduduk Britain mungkin membeli makanan dan daging daripada haiwan klon di pasar raya dan peladang dalam masa dua tahun lagi, kata badan pemantau rasmi, semalam.
 
Tambah membimbangkan, Lembaga Agensi Penarafan Makanan (FSA) mengakui mustahil untuk mewujudkan satu badan untuk mengesan dan melabel makanan daripada haiwan klon itu, lapor Daily Mail.

Agensi itu juga mendakwa, jual beli antarabangsa membabitkan embrio dan air mani haiwan klon amat berleluasa dan tidak dapat disekat atau dipantau.
 
Akibatnya, pengguna mungkin tidak sedar mereka makan daging dan minum susu lembu klon, tidak lama lagi.
 
Pengakuan mengejutkan itu dibuat pengerusi FSA, Lord Jeff Rooker, yang berkata: "Anda tidak dapat kawal apa yang anda tidak dapat kira atau periksa. Itu memang mustahil. Bagaimanakah kita dapat menghalang orang ramai daripada tertipu? Dalam perkara ini, kami tidak dapat memberi jaminan."
 
Ketua Eksekutif FSA, Tim Smith, pula membayangkan bahawa anak lembu klon mungkin sudah banyak ada di ladang tanpa sesiapa mengetahui lokasinya, dua tahun lagi.
 
"Makanan berasal daripada haiwan klon sudah pun dijual di negara ini," kata Presiden Persatuan Petani Kebangsaan Scotland, Jim McLaren.
 
"Perkara itu juga berlaku di tempat lain di dunia dan sudah ada di negara ini, membabitkan produk diimport," katanya lagi.
 
Bulan lalu, akhbar mendedahkan daging daripada tiga haiwan klon sudah berada dalam pasaran makanan Britain dan Eropah sejak setahun lalu.
 
FSA sebelum ini menyatakan itu menyalahi undang-undang anggota Kesatuan Eropah (EU) tetapi mengubah pandangan apabila menyatakan perkara berkenaan mungkin perkara biasa beberapa tahun lagi. – Agensi
 
Muhammad Ttuyup , Rabu, September 22, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog