KUALA LUMPUR, 21 Sept - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan sijil halal kepada 12 syarikat pengeluar kuih bulan yang produknya boleh dimakan oleh masyarakat Islam, kata Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengeluaran Sijil dan Logo Halal Jakim, Abdul Hamid Mohamed Salleh.
Syarikat yang mendapat pengesahan halal tersebut ialah HYT Food Industries Sdn Bhd; Leong Yin Pastry Sdn Bhd; Sakura Food Manufacturing (M) Sdn Bhd; TT Food Manufacturing Sdn Bhd; The Baker's Cottage Sdn Bhd.
LB (Lian Bee) Confectionery Sdn Bhd; KLT Food Industries Sdn Bhd; King's Confectionery Sdn Bhd; Tanjung Omega Sdn Bhd; Tuan Sanawi Tuan Ngah Sdn Bhd; Ayamas Food Corporation Sdn Bhd dan Bake Station Sdn Bhd.
"Sekiranya kuih bulan tersebut ada tertera sijil halal Jakim, ianya boleh dimakan dan dibeli justeru umat Islam tidak perlu ragu-ragu untuk makan kuih bulan yang tertera Sijil Halal Jakim," katanya kepada Bernama semasa diminta mengulas mengenai penjualan kuih bulan yang banyak di pasaran ketika ini yang turut menarik minat masyarakat Islam untuk mencubanya tetapi merasa ragu-ragu.
Abdul Hamid berkata untuk mendapatkan lesen halal Jakim, sesebuah syarikat itu dipantau melalui proses kelulusan yang ketat.
"Jakim memantau dari awal sumber itu diambil sehingga siap produk tersebut," katanya.
Namun beliau tidak menggalakkan masyarakat Islam untuk meraikan Perayaan Kuih Bulan kerana ia bersangkut paut dengan perayaan agama lain.
Pengurus Besar KLT Food Industries Sdn Bhd, Julie Lim berkata syarikatnya mengeluarkan kuih bulan halal di kilang yang berbeza daripada kuih bulan tidak halal.
"Sekarang sudah banyak kuih bulan yang menggunakan minyak sayuran sahaja yang antara kandungan lain terdiri daripada biji teratai, tepung gandum dan gula".
Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh dikatakan mula diraikan pada akhir zaman Dinasti Yuan (1289 Sebelum Masihi-1341 Masihi) untuk meraikan kemenangan orang China menewaskan penjajah Mongol. - Bernama
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "