Pengarah Program Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) Malaysia, Dr Melvin T Gumal berkata lebih 10 imej haiwan itu dirakam kamera tersembunyi yang dipasang di Unit Pengurusan Hutan Selaan-Linau (FMU) sejak 2004.
"Musang pudar hitam adalah haiwan yang amat sukar ditemui. Haiwan karnivor kecil ini juga ditemui di Brunei dan Sabah. Tapi, jumlah yang direkodkan tidaklah sebanyak yang ditemui di kawasan tanah tinggi Sarawak. Mungkin hanya dua atau tiga sahaja (di Brunei dan Sabah)," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Sepanjang menjalalankan kaji selidik di kawasan Baram Atas sejak 2004 bagi memantau haiwan itu yang wujud di kawasan konsesi balak dikenali sebagai Selaan-Linau FMU, WCS Malaysia telah menemui 14 spesies, termasuk musang pudar hitam.
Musang ini berwarna coklat pekat di bahagian belakang dan berwarna putih di bahagian bawah tubuhnya. Sebahagian tapak kakinya pula ditumbuhi bulu.
Gumal berkata WCS sedang berusaha untuk mengesan kawasan kediaman populasi haiwan itu kerana selama ini tidak terdapat banyak maklumat tentang habitat, taburan, keperluan dan ancaman yang dihadapi haiwan ini.
"Ini akan membolehkan kami mengesyorkan strategi pengurusan yang berkesan dan bantuan untuk menjamin kelangsungan hidup haiwan ini," katanya.
Beliau berkata WCS bekerjasama rapat dengan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan syarikat pembalakan dalam menjalankan program pendidikan dan kesedaran untuk masyarakat tempatan serta pekerja pembalakan tentang pentingnya pemuliharaan hidupan liar dan hutan serta mendidik mereka tentang undang-undang berkaitan hidupan liar. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "