/

MEF Bantah Kenaikan Kadar Caruman Perkeso

KUALA LUMPUR, 19 Ogos - Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) pada Khamis membantah keras sebarang kenaikan kadar caruman oleh majikan dan pekerja kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso).

Pengarah Eksekutifnya Shamsuddin Bardan dalam satu kenyataan berkata Perkeso sepatutnya mengawal dan mengurangkan kos pengurusan, bukan menaikkan kadar caruman.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan baru-baru ini, yang antara lain menyebut Perkeso telah melaksanakan kajian menaikkan caruman bagi mengatasi peningkatan kos bayaran pampasan dan rawatan golongan pekerja yang semakin meningkat setiap tahun.

Shamsuddin juga mempertikaikan cara Perkeso mengurus caruman kerana sehingga kini amat sedikit maklumat yang didedahkan pertubuhan itu kepada mereka yang terlibat.

"Difahamkan sebanyak RM1.8 bilion dikutip daripada majikan dan pekerja tahun lepas, tetapi tidak banyak maklumat didedahkan mengenai perbelanjaan operasi dan pentadbiran pertubuhan," katanya.

Beliau berkata Perkeso wajar menjelaskan kepada pihak terbabit mengenai kos menguruskan caruman terutamanya peratusan yang diguna untuk pentadbiran pertubuhan.

Shamsuddin juga menyifatkan kenyataan Maznah bahawa kadar caruman Perkeso tidak berubah sejak 1971 sebagai mengelirukan dan tidak tepat kerana skop liputan bagi caruman wajib telah dinaikkan daripada RM2,00 kepada RM3,000 pada 2007.

Beliau berkata pendapatan hasil pelaburan juga merosot berasaskan Laporan Tahunan Perkeso 2008 yang menunjukkan pembinaan bangunan di seluruh negara tidak memberi pulangan kerana kebanyakan bangunan tersebut masih kosong.

"Perkeso sepatutnya menumpukan kepada perniagaan asasnya iaitu menyediakan insurans sosial, bukan membina lebih banyak bangunan pejabat," katanya. - Bernama

Adam Merah , Sabtu, Ogos 21, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog