Berdasarkan rekod Bahagian Pembangunan Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), sehingga 28 Julai lalu, Secret Recipe Cakes, Bees, West 57th St Cafe dan Roti Delights memiliki sijil halal JAKIM bagi produk tempatan, manakala Delifrance dan Coffee Bean & Tea Leaf bagi produk luar negara.
Pengarah Bahagian Pembangunan Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datin Seri Elena Chiang Abdullah, berkata beberapa kopitiam yang memiliki sijil halal yang bukan dikeluarkan JAKIM kini dalam proses memperoleh sijil halal jabatan itu, termasuk Strudels, Oldtown White Coffee, Bangi Kopitiam, Pakli Kopitiam dan Pacific Coffee.
Beliau berkata, syarikat bebas mendapatkan pensijilan halal daripada mana-mana pihak * kerana mereka bertanggungjawab membuat permohonan pensijilan halal kepada pihak berkaitan seperti JAKIM.
KPDNKK mengawal selia pembelian dan penjualan francais tetapi tidak campur tangan dalam perkara berkaitan pensijilan halal, katanya kepada Berita Harian.
Elena berkata, perniagaan francais kopitiam mewakili 14 peratus daripada 140 perniagaan francais makanan di negara ini dengan 11 syarikat atau 58 peratus adalah produk tempatan dan lapan syarikat atau 42 peratus produk luar negara.
Sementara itu Pengarah Hab Halal JAKIM, Saimah Mukhtar, berkata kerajaan tidak pernah mengiktiraf sijil halal selain yang dikeluarkan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) * bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna Islam, tetapi daripada sudut perundangan, penggunaan sijil halal yang bukan dikeluarkan JAKIM dan JAIN tidak menyalahi peraturan dan undang-undang termasuk Akta Perihal Dagangan (APD) 1972.
Katanya, permohonan sijil halal JAKIM tidak diwajibkan kepada premis perniagaan kerana ia hanya bersifat sukarela, bukan mandatori berikutan tiada undang-undang mewajibkan pengusaha berbuat demikian.
Undang-undang APD 1972 tidak memberi hak eksklusif kepada mana-mana pihak mengeluarkan sijil halal atau menggunakan perkataan halal, ditanggung halal, makanan Islam dan perkataan halal dalam tulisan jawi. Bagaimanapun, jika pihak yang menggunakan logo halal dikeluarkan syarikat swasta melanggar syarat, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut APD 1972.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "