Selasa : 22 April 2025   
@ 24 Syawal 1446H / 10:59 AM

13Jumaat,Ogos

Lombong berlian Marange beroperasi secara sah

HARARE 12 Ogos - Zimbabwe semalam mengadakan penjualan pertama berlian dari lombong Marange sejak pengawal selia antarabangsa menarik balik sebahagian pengharaman yang dikenakan selepas tentera negara ini mengambil alih lombong tersebut secara kekerasan.

Kira-kira 900,000 carat berlian yang dinilai berharga kira-kira AS$72 juta (RM230 juta) ditawarkan untuk jualan, menurut Abbey Chikane, pemantau daripada badan antarabangsa Proses Kimberley yang bertanggungjawab mencegah perdagangan 'berlian darah' atau berlian yang dijual bagi tujuan membiayai konflik bersenjata.

Pembeli dari Amerika Syarikat (AS), Israel, Rusia, Lebanon dan India menghadiri lelong di lapangan terbang antarabangsa Harare itu, sesetengahnya dengan juruterbang pesawat peribadi sudah bersedia untuk membawa mereka keluar dari negara ini selepas acara itu selesai.

"Adalah sesuatu yang bersejarah bahawa kami telah berjaya memenuhi syarat-syarat minimum Proses Kimberley. Kami telah mengambil langkah untuk memastikan kami mematuhi prinsip Proses Kimberley dan menjual berlian kami secara telus," kata Perdana Menteri, Morgan Tsvangirai semasa merasmikan pembukaan lelong itu.

Kimberley bulan lepas memutuskan Zimbabwe telah menghentikan pelanggaran hak asasi manusia oleh tenteranya yang merampas lombong Marange pada akhir 2008 dan mengusir puluhan ribu pelombong kecil-kecilan.

Pertubuhan hak asasi manusia berkata, kira-kira 200 orang maut dalam operasi tentera itu, dan askar memukul dan merogol penduduk kampung untuk memaksa mereka melombong berlian pada awal 2009.

Kimberley menyekat penjualan berlian dari Marange pada November tahun lepas dan memberi Zimbabwe tempoh sehingga Jun lepas untuk menghentikan pencabulan hak asasi manusia di lombong itu.

Zimbabwe kini memberi kontrak untuk menjalankan operasi di Marange kepada dua firma tidak terkenal dari Afrika Selatan, Mbada Diamonds dan Canadile Miners. - AFP

Marjaki Rawo , Jumaat, Ogos 13, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog