Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 8:26 AM

12Khamis,Ogos

JAKIM menimbulkan keraguan pengguna islam

JAKIM Keluarkan Statistik Hotel Seluruh Negara Yang Dapat Sijil Halal

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Persatuan Hotel Malaysia (MAH) meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan statistik mengenai jumlah hotel di seluruh negara yang diberikan sijil halal bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam terutama sepanjang bulan Ramadan.

Presidennya, Datuk Mohd Ilyas Zainol Abidin berkata ini kerana sejumlah 22 hotel yang diberikan sijil halal seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar berbahasa Malaysia semalam hanya meliputi Wilayah Persekutuan sahaja.

"Data yang diberikan oleh JAKIM memang betul tetapi ia hanya melibatkan sijil yang dikeluarkan olehnya dan tidak termasuk sijil yang dikeluarkan Majlis Agama Islam negeri-negeri.

"Daripada 552 ahli persatuan kami di seluruh negara, 244 memaklumkan bahawa mereka mempunyai sijil halal. Jumlah ini melebihi daripada apa yang disebutkan oleh JAKIM
," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Justeru, beliau mencadangkan supaya satu data bersepadu di antara Jakim dan Majlis Agama Islam negeri-negeri diwujudkan bagi memaklumkan jumlah sebenar hotel yang telah mempunyai sijil halal di seluruh negara.

Mohd Ilyas berkata bagi menangani masalah itu beliau mencadangkan agar sijil halal yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri kepada hotel diperakukan oleh Jakim tanpa perlu ditukar atau membuat permohonan semula.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pengguna yang ragu-ragu bahawa mereka juga berhak meminta pihak hotel mengemukakan sijil halal yang diperolehi.

Katanya MAH sentiasa akan memastikan anggota persatuan memiliki sijil halal. - Bernama

Hotel ada sijil halal 244 bukan 22: MAH
Oleh Nazura Ngah

KUALA LUMPUR: Sebanyak 244 hotel yang berdaftar di bawah Persatuan Hotel Malaysia (MAH) di seluruh negara memiliki sijil halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Daripada jumlah itu, 40 hotel di Sarawak, Pulau Pinang (29), Pahang (25), masing-masing 22 di Wilayah Persekutuan, Johor dan Melaka, manakala Negeri Sembilan (21) Sabah (20), Selangor (13), Perak (11), Kelantan (10), Terengganu (empat), Kedah (lima).

MAH yang mewakili 552 hotel termasuk bertaraf lima bintang menjangkakan jumlah hotel yang memiliki sijil halal lebih tinggi berikutan data 244 hotel itu diperoleh dalam tempoh tiga jam semalam.

Presidennya, Datuk Mohd Ilyas Zainal Abidin, berkata kenyataan JAKIM, kelmarin bahawa hanya 22 hotel memiliki sijil halalnya boleh mengelirukan umat Islam kerana banyak hotel sudah memperoleh sijil halal, termasuk daripada JAIN, MAIN dan HDC.

Kenyataan JAKIM (mengenai hanya 22 hotel di Wilayah Persekutuan mempunyai sijil halal) betul, tetapi mengelirukan kerana hotel yang tidak mempamerkan logo halal JAKIM digambarkan seolah-olah langsung tidak memiliki sijil halal, katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Kenyataan dikeluarkan JAKIM, kelmarin menyatakan hanya 51 dapur restoran dan premis makanan di 22 hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan pensijilan halal jabatan itu.

Ahli MAH mempunyai 60 peratus jumlah bilik penginapan di seluruh negara dengan 90 peratus hotel bertaraf lima bintang di negara ini menjadi ahlinya.

Mohd Ilyas berkata, kenyataan JAKIM menjejaskan operasi sektor perhotelan kerana boleh menimbulkan keraguan terhadap status halal dimiliki hotel selain yang dikeluarkan JAKIM.

Katanya, ia tidak akan menjadi isu jika kuasa pengesahan halal dan pengeluaran sijil halal adalah kuasa mutlak JAKIM, sebaliknya sijil halal turut dikeluarkan JAIN, MAIN dan HDC.

Dengan kenyataan JAKIM itu, apakah status dan kedudukan sijil halal lain dan adakah JAKIM bercadang untuk menukar status halal JAIN, MAIN dan HDC kepada JAKIM secara automatik.

Namun apa juga kenyataan mengenai status halal, pengguna mempunyai kuasa untuk menentukan status halal sesebuah hotel dengan menggunakan kebijaksanaan membuat semakan terlebih dulu, katanya.

Berikutan kenyataan JAKIM itu juga, MAH memutuskan mewujudkan pangkalan data yang merekodkan sijil halal diperoleh ahlinya dan dijangka siap dalam seminggu.

Beliau yang juga Pengurus Besar Rangkaian Hotel De Palma turut mempertikaikan sikap JAKIM yang hanya memberi tumpuan kepada hotel, sedangkan beribu restoran di negara ini yang tidak memiliki sijil halal, tetapi tidak dipersoalkan. - Berita Harian

Cik NiNe Che Kadir , Khamis, Ogos 12, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog