2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 1:25 AM

21Sabtu,Ogos

Guna antibiotik secara rasional

KUALA LUMPUR: Penggunaan antibiotik dengan sewenang-wenang dalam rawatan penyakit boleh mengakibatkan bakteria dalam badan pesakit mengalami evolusi genetik yang menjadikannya memiliki lebih ketahanan, sekali gus kebal terhadap ubat berkenaan.

Antibiotik perlu digunakan secara rasional mengikut garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan serta dikemas kini setiap lima tahun bagi mengelakkan masalah berkenaan.
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata bukan semua rawatan penyakit memerlukan antibiotik tetapi terdapat pesakit mendesak doktor memberikan antibiotik kerana menyangka mereka akan sembuh lebih cepat sedangkan ia tidak semestinya berlaku.
 
Pesakit dan doktor diingatkan kewujudan gen baru dikenali sebagai New Delhi metallo-beta-lactamase (gen NDM-1) yang memberi lebih ketahanan atau kekebalan kepada bakteria untuk melawan antibiotik, termasuk antibiotik kuat jenis carbapenem.

Evolusi gen baru bakteria itu dikaitkan dengan salah guna antibiotik dan perkembangan berkenaan semakin membimbangkan dunia perubatan antarabangsa kerana gen NDM1 sudah dikesan di India, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Sweden, Australia serta Belanda, katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abd Rahman, pula menjelaskan penggunaan antibiotik yang tidak sepatutnya atau tanpa mengikut sukatan ditetapkan akan menyebabkan bakteria yang terdedah kepada ubat itu tetapi bertahan, bertindak balas melindungi diri melalui evolusi genetik yang mampu melawan antibiotik.

Katanya, "bakteria dengan gen NDM1 satu daripada banyak bakteria yang boleh mengakibatkan jangkitan dalam perut dan paru-paru, justeru penggunaan antibiotik yang menepati garis panduan adalah amat penting untuk mengelakkan bakteria lain daripada turut mengalami evolusi genetik dan menjadi kebal. "

"Sebagai contoh, ada pesakit tidak mematuhi dos antibiotik ditetapkan, terutama tidak menghabiskannya. Ini menyebabkan bakteria tidak mati dan selepas terdedah kepada suatu antibiotik itu, ia ada peluang untuk `belajar melawan balik ubat berkenaan melalui evolusi genetik."

"Perkara sama turut berlaku apabila ada pesakit mengambil ubat antibiotik yang sebenarnya tidak diperlukan. Oleh itu, harus diingatkan bahawa ada antibiotik yang khusus untuk membunuh bakteria tertentu mengikut jenis penyakit
," katanya.

Sementara itu, Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia mendedahkan ada pesakit yang bertindak mendapatkan antibiotik di farmasi atau kedai ubat alternatif apabila doktor enggan melayan permintaan mereka untuk mendapatkan ubat berkenaan.

Presidennya, Dr Molly Chuah, berkata doktor tidak boleh dipersalahkan keseluruhannya berhubung isu pemberian antibiotik kerana ada pesakit yang bersikap mendesak atau mendapatkannya sendiri daripada sumber lain. - Berita Harian
 
Oleh Syuhada Choo Abdullah
Muhammad Ttuyup , Sabtu, Ogos 21, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog