2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Facebook paparkan lokasi pengguna

SAN FRANCISCO 19 Ogos - Laman web rangkaian sosial, facebook semalam memperkenalkan aplikasi baru yang membolehkan penggunanya di Amerika Syarikat (AS) memberitahu rakan masing-masing di mana mereka berada.

Aplikasi facebook Places yang merupakan menyediakan perkhidmatan 'berasaskan lokasi' itu dijangka menarik minat pengguna telefon pintar yang dilengkapi teknologi penjejak satelit.

"Mulai hari ini anda boleh memberitahu rakan-rakan anda di mana lokasi kegemaran anda. Lokasi anda itu boleh dikongsi mengikut waktu nyata menggunakan teknologi di telefon bimbit anda," kata pengurus produknya, Michael Eyal Sharon.

Pengguna facebook kini boleh 'mendaftar masuk' di beberapa tempat seperti restoran, bar atau tempat sosial lain dan membolehkan rakan di laman sosial itu mengetahui lokasi pengguna dan orang yang bersamanya.

Aplikasi Places untuk iPhone telah diperkenalkan dan pengguna rangkaian sosial dengan mana-mana telefon pintar dengan perisian web browser dilengkapi penjejak lokasi dan HTML5 boleh menggunakan melalui laman web telefon bimbit touch.facebook.com

"Jika tidak berada di AS, anda masih boleh melihat lokasi rakan-rakan anda yang berada di sini, cuma anda tidak boleh 'mendaftar masuk'," kata pengasas facebook, Mark Zuckerberg pada majlis pelancaran facebook Places di ibu pejabat mereka di California Utara semalam.

facebook merancang untuk memperbesarkan aplikasinya itu kepada semua telefon bimbit pintar yang boleh digunakan kepada kesemua 500 juta penggunanya di seluruh dunia.

Dalam pada itu, perkhidmatan rangkaian berdasarkan lokasi iaitu Gowalla dan Foursquare dijangka akan bersaing untuk membangunkan aplikasi Places yang baru diperkenalkan itu.

Gawalla dan Foursquare juga sebelum ini membolehkan penggunanya mendaftar masuk ke beberapa tempat bagi membolehkan rakan masing-masing mengetahui tentang lokasi terkini mereka. - AFP

'Api' Harjan Milosevic , Sabtu, Ogos 21, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog