2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Dari Makkah

Ditegah bercukur di Masjidil Haram

MAKKAH: Seramai 220 petugas tetap dan sementara dikerah untuk menghalang jemaah haji mencukur rambut di dalam perkarangan Masjidil Haram sebaik menamatkan ibadah umrah.

Langkah itu diambil bagi tujuan kebersihan, lebih-lebih lagi permaidani sudah dipasang di perkarangan berkenaan untuk tujuan solat.

Petugas itu yang dibawah tanggungjawab Pentadbiran Perkarangan Masjidil Haram, bertanggungjawab mengarahkan jemaah ke kedai gunting rambut berlesen.

Pihak pentadbiran juga menggesa jemaah dan pengunjung supaya tidak menggunakan perkarangan berkenaan sebagai tempat berkumpul kerana ia mengganggu pergerakan jemaah dan mencetuskan masalah lain.

Selain itu, menurutnya, jemaah tidak sepatutnya berwuduk di kawasan air zamzam kerana ia ditetapkan untuk air minum saja.

Pengarah Pentadbiran Perkarangan Masjidil Haram, Moslah Al-Hamadi, berkata, petugas akan ditempatkan di kawasan berkenaan bagi menghalang jual beli air zamzam dan bijirin yang digunakan untuk memberi makan burung merpati.

Menurut Moslah, tanggungjawab utama pihaknya ialah mengekang amalan buruk dan salah laku. Ia termasuk melarang pengunjung menghisap rokok di kawasan itu dan mengambil gambar kecuali dengan kebenaran pihak berkuasa. - Agensi

 

Paras air di telaga zamzam meningkat

MAKKAH ; Paras air di telaga zamzam di Masjidil Haram sudah meningkat, kata Timbalan Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Yousif Al-Wabil.

Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana banyak telaga zamzam tidak lagi mengalirkan air ke telaga persendirian yang digali oleh orang awam.

Yousif berkata, bekas tuan rumah di kawasan Al-Shamyia menggali telaga itu di rumah mereka dan menghubungkannya dengan tangki air mereka.

Beliau memberi jaminan kepada umat Islam seluruh dunia bahawa air zamzam tidak berkurangan.

Katanya, semua pusat pengagihan air itu di Makkah menerima bekalan secukupnya. Pihaknya juga membekalkan air zamzam ke Masjid Nabawi di Madinah setiap hari.

Selain itu, menurutnya, ada persetujuan dengan Menteri Air untuk membekalkan bekas dan cawan bagi menjamin kebersihan air. Dalam pada itu, beliau menolak dakwaan kononnya kaum wanita diberi tempat yang kecil untuk bersolat di Masjidil Haram.

Yousif berkata, lebih 50 peratus kawasan di tingkat satu dan dua diperuntukkan untuk wanita.

Pihaknya menyediakan rancangan untuk umrah dan haji sejak beberapa bulan lalu bagi memastikan tahap perkhidmatan untuk jemaah sentiasa tinggi.

Untuk itu, kata Yousif, pihaknya mengerahkan lebih 5,702 petugas dengan dibantu oleh beribu-ribu kerja pembersih dan penyelenggara bagi memberi khidmat sepanjang 24 jam kepada jemaah. - AP

Cik NiNe Che Kadir , Ahad, Ogos 29, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog