Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, ia berikutan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menarik balik status halal minyak sapi itu kerana didakwa mengandungi elemen yang meragukan.
"CAP telah berhubung dengan Jakim bagi mendapatkan kesahihan status halal minyak sapi itu sejak Julai lalu. Jakim menjelaskan bahawa mereka telah menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga yakin dengan status halal produk tersebut," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Menurut beliau, Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.
Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi itu sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.
Sementara itu, Jakim menerusi laman web www.halal.gov, turut mengumumkan pihaknya telah menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. berkuat kuasa 19 Ogos lalu (baca pada imej di atas).
"Tindakan itu diambil sehingga Jakim berpuas hati status halal produk berkenaan. Oleh itu, QBI Packaging Sdn. Bhd. dilarang menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk minyak sapi QBB," katanya. - Utusan

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

Pak Cik kerja masak kenduri kahwin di Johor dan juga Melaka sudah lebih 30 tahun. Dulu ramai yang memilih Cow Brand Vegetable Ghee, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah. Benda ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit. Bahan pewarna dan perasanya pun dari bahan tumbuhan. Halal 100%. Mana jenis beriyani pun pakcik buat darinya memang lazat. Kemudian ada perubahan istilah dalam Akta Makanan Malaysia 1983, lalu namanya ditukar kepada Cow Brand Vanaspati. Vanaspati ini kalau tak salah pak cik, asalnya perkataan Sanskrit. Kemudian orang kita semakin mewah, mahu gunakan QBB Ghee yang lebih mahal yang masa tu memang dari susu lembu dan dibuat di Australia. Bagus juga mutu QBB masa itu. Beberapa tahun kebelakangan ini, pakcik dapati rasa QBB pun dah mula berubah. Pakcik dah mula syaki kandungan QBB bukan lagi seperti yang ditulis pada tinnya. Kemudian ada kawan Pakcik di Singapura beritahu kilang QBB di Australia dah tutup beberapa tahun yang lalu dan kerja membuat QBB sekarang di Shah Alam. Baru Pakcik sedar QBB ini bukan lagi yang original. Banyak jenama minyak sapi yang kilangnya di Malaysia muncul dalam 10 tahun yang lalu. Semuanya pakcik dah cuba. Cakap saja, minyak sapi tulen, tapi kebanyakan rasa macam dibuat dari minyak sawit juga. Harganya dua kali harga vanaspati. Sekali dua pakcik pernah masak dengan minyak sapi tulen diimport dari Eropah, namanya Green Mountain, tin hijau muda ada perkataan Arab dan banyak dijual di negara Islam, agak mahal tetapi memang minyak sapi tulen yang paling sedap dirasai. Buat bubur lambuk darinya cukup bagus. Pak cik tulis ini semua bagi orang tahu pengalaman pak cik pasal kisah minyak sapi ini. Pandai-pandai kita memilih, jangan terperangkap dengan tipu helah sesetengah pembuat tempatan.
BalasPadam