HAVANA, 3 Ogos - Fidel Castro memperkenalkan buku terbarunya dalam satu upacara tertutup semalam, hasil penulisan yang dikatakan mengandungi bahagian autobiografi dan perincian kepada kejayaan besar ketenteraan yang melonjakkan beliau untuk berkuasa pada 1959.
Buku yang berjudul The Strategic Victory itu masih belum dikeluarkan untuk masyarakat umum.
Penganjur upacara perasmian tersebut berkata, sebanyak 3,500 naskhah sedia untuk dijual dalam masa beberapa hari dan 50,000 lagi akan diterbitkan.
Siaran televisyen tempatan menyiarkan gambar Castro di sebuah pusat konvensyen di Havana, bersama penulis biografi rasminya sejak sekian lama, Katiuska Blanco.
Beliau yang memakai kemeja merah lengan pendek, berucap selama lebih sejam, kebanyakannya dibacakan dari sebuah buku dan menyatakan perkara-perkara penting kepada hadirin, termasuk bekas orang buangan Elian Gonzalez dan juga keluarganya.
Castro yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-84 pada 13 Ogos ini, muncul di khalayak ramai selepas lama mendiamkan diri sebaik selesai menjalani pembedahan usus pada Julai 2006.
Beliau menyerahkan kuasa kepada adiknya Raul buat sementara waktu, sebelum melepaskan jawatan itu pada Februari 2008.
Castro turut meluahkan rasa terkejut dengan penerbitan buku tersebut yang cepat, selepas hanya beberapa minggu beliau menyiapkannya.
Bekas pemimpin Cuba yang telah menulis beberapa buah buku itu sebelum telahpun menyiapkan sebuah lagi buku sejak dilanda masalah kesihatan, dalam penulisan yang menceritakan usaha Cuba untuk menjadi orang tengah dalam perdamaian antara kerajaan Colombia dengan kumpulan pemberontak yang berlanjutan sehingga beberapa dekad.
Buku baru itu mengandungi hampir 800 muka surat termasuk peta, gambar dan ilustrasi senjata yang digunakan ketika satu pertempuran penting pada 1958, yang menunjukkan pasukan Castro menewaskan beribu-ribu tentera kerajaan di kawasan pergunungan terpencil Sierra Maestra, timur Cuba. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "