2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Banjir di Pakistan [18 g@f]

DURRANI MEHAR - Pakistan hari ini berada pada tahap merah selepas banjir baru mengancam beratus-ratus penduduk di kawasan pertanian di tengah negara ini dengan 12 juta orang telah pun terjejas dengan bencana ini.

Pihak berkuasa giat memindahkan penduduk di kawasan padat di selatan wilayah Sindh dan memberi amaran banjir besar di sepanjang sungai Indus dijangka memburukkan lagi keadaan.

Perdana Menteri, Yousuf Raza Gilani merayau bantuan antarabangsa disegerakan untuk membantu mangsa yang terjejas ketika pihak berkuasa memindahkan setengah juta penduduk dari kawasan berisiko di selatan negara.

"Saya meminta masyarakat antarabangsa membantu Pakistan mengurangkan penderitaan mangsa banjir. Pakistan telah dilanda banjir terburuk dalam sejarah negara ini," kata Gilani dalam siaran televisyen.

Banjir yang berlanjutan selama hampir seminggu di seluruh negara ini mengorbankan sekurang-kurangnya 1,600 orang, mengikut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pejabat meteorologi Pakistan mengeluarkan amaran tahap merah sepanjang malam tadi dan memberi amaran banjir besar akan melanda Sindh, terutamanya sepanjang sungai Indus.

Sementara itu, di Kashmir India, pihak berkuasa meningkatkan usaha menyelamat ketika keadaan cuaca semakin pulih selepas banjir kilat dan tanah runtuh mengorbankan sekurang-kurangnya 130 orang dan 400 lagi cedera, semalam.

Menurut ketua polis negeri, Kuldeep Khoda, sebanyak 27 mayat ditemui dari kediaman yang runtuh di kawasan pedalaman Ladakh, rantau Himalaya.

Pasukan penyelamat telah menemui 103 mayat semalam.

Beribu-ribu orang di kawasan rendah di Leh, perkampungan utama di Ladakh, berpindah ke kawasan tinggi dan bermalam di kawasan lapang, semalam, menurut seorang ahli perniagaan, Kausar Makhdoomi.

Banjir itu turut merosakkan hospital utama di perkampungan itu memaksa pihak berkuasa memindahkan pesakit ke ke hospital tentera berhampiran.

Dilaporkan hampir 2,000 pelancong asing berada di Ladakh, destinasi popular di kalangan penggemar sukan lasak, ketika hujan lebat mencetuskan banjir dan tanah runtuh dan menenggelamkan kediaman serta memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi semalam. - AFP/AP

Adam Merah , Isnin, Ogos 09, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog