MADINAH: Kira-kira 1.7 juta rakyat asing dari seluruh dunia akan menunaikan rukun Islam kelima tahun ini.
Menteri Haji Arab Saudi, Dr. Fouad bin Abdulsalam Al-Farsy mengumumkan jumlah itu ketika melawat pejabat kementerian berkenaan di Madinah di samping merasmikan kontrak perumahan bersepadu elektronik untuk jemaah.Menurutnya, jumlah itu terkandung dalam laporan yang dikemukakan kepada Perdana Menteri Kedua, Putera Naif bin Abdul Aziz.
Menurut Fouad, berbanding tahun lalu, tambahan 70,000 visa akan dikeluarkan tahun ini.
Selari dengan persediaan untuk menyambut kedatangan jemaah, beliau berkata: "Kami sudah menemui pengerusi dan anggota Lembaga Pengarah Jawatankuasa Panduan Haji Kebangsaan di Madinah untuk mendapatkan penjelasan mengenai rancangan operasi musim ini.
"Seperti tahun sebelumnya, kami dapat memastikan kesediaan mereka untuk menyambut kedatangan tetamu Allah seperti yang diinginkan oleh pihak berkuasa." Menurutnya, operasi jawatankuasa itu sudah dikomputerkan sepenuhnya dan ini akan menjimatkan masa, mengurangkaan penggunaan kertas dan jumlah petugas di samping mengatasi beberapa masalah lain.
"Saya tidak boleh beri jaminan kontrak secara elektronik ini akan menghapuskan semua masalah yang ada dalam sektor ini kerana ia masih membabitkan faktor manusia dalam proses itu. "Kesilapan tidak boleh dielakkan meskipun kami berusaha untuk menangani segala masalah yang dihadapi," katanya.
Menurut Fouad, hanya sebahagian sistem itu dikomputerkan tahun lalu.
Mengenai langkah kementeriannya untuk mengekang salah guna kuasa oleh beberapa syarikat umrah dan haji, beliau berkata: "Saya benci untuk mengulangi kata-kata saya sebelum ini walaupun terpaksa mengakui syarikat itu mencatatkan keuntungan." - Agensi
++++
2,000 petugas di Masjid Nabawi sepanjang Ramadan
MAKKAH: Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci sudah menggariskan rancangan intensif untuk menerima pengunjung ke Masjid Nabawi di Madinah sepanjang bulan puasa minggu depan.
Ketua majlis, Saleh Bin Abdur Rahman al-Hussayyen berkata, 1,970 petugas terdiri daripada jurutera, juruteknik dan pekerja kurang mahir sudah ditetapkan untuk bertugas di masjid berkenaan bagi memastikan ia sentiasa bersih dan keperluan pengunjung terjaga.Masjid Nabawi mempunyai 85 pintu masuk yang dikawal oleh 400 kakitangan yang bekerja mengikut syif.
Sebagai tambahan, 50 pengawal wanita juga akan ditugaskan di pintu masuk ke bahagian wanita. Menurut Saleh, jemaah tidak dibenarkan membawa makanan ke dalam masjid kecuali kopi dan teh Saudi. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "