2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Waspada e-mel palsu LHDN: SKMM

ORANG ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai e-mel mengenai LHDN yang meragukan kerana ia mungkin jerat penjenayah Internet.
 
Ada pihak ambil kesempatan langkah pulangkan lebihan cukai

KUALA LUMPUR
: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan e-mel palsu daripada pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada langkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengembalikan lebihan bayaran cukai ketika ini.

Dalam satu kenyataan semalam, SKMM berkata, menerusi e-mel palsu itu, orang ramai terdedah kepada perbuatan mencuri e-identiti atau phishing, menyebabkan maklumat kewangan peribadi mereka jatuh ke tangan pihak tidak sewajarnya.
 
Mangsa akan menerima e-mel tidak diundang (spam), kononnya daripada LHDN, yang mengatakan mereka berhak mendapatkan pengembalian wang berjumlah RM700.
 
Mereka kemudian diminta mengklik logo sebuah bank tempatan yang disediakan di laman web palsu LHDN untuk meneruskan proses selanjutnya. Jika arahan ini diikuti, mereka tanpa menyedarinya akan mendedahkan maklumat kewangan peribadi mereka, katanya.

Sehubungan itu, SKMM menyarankan orang ramai supaya sentiasa mengaktifkan spam e-mel mereka dan memastikan segala transaksi yang dilakukan melalui perbankan internet menggunakan laman web yang diyakini.

Pengguna juga digesa mengabaikan sebarang e-mel yang menyatakan mereka memenangi wang tunai atau pengembalian wang yang meminta maklumat perbankan Internet.

Orang ramai juga dinasihati supaya tidak menjawab e-mel sedemikian dan menghubungi bank masing-masing jika ragu-ragu, katanya.
Sebarang aduan boleh dilakukan dengan melayari laman web SKMM di www.skmm.gov.my/antiphising. - Berita Harian
Adam Merah , Khamis, Julai 29, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog