2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 3:09 PM

12Isnin,Julai

Produk rangsang seks boleh membawa maut

KUALA LUMPUR : "Pengambilan pil perangsang dan gula-gula seks hanya akan menyebabkan kebergantungan terhadapnya malah pengguna juga berisiko mengalami ketagihan akibat pengambilannya lebih-lebih lagi tanpa nasihat pakar perubatan," kata pakar sakit tuan, Dr Ismail Tambi.

Beliau berkata, kesedaran orang ramai mengenai punca kelemahan syahwat amat rendah menyebabkan mereka memilih jalan mudah mengubatinya dengan mengambil produk sebarangan tanpa nasihat doktor.
 
 "Risiko mendapat penyakit berbahaya lain amat tinggi malah ada kes yang menyebabkan pengamalnya buta dan mengalami kerosakan buah pinggang kerana mengambil produk yang kononnya boleh menambah daya seksual lelaki," katanya.
 
Beliau mengulas laporan Harian Metro, Sabtu lalu, mengenai rampasan pelbagai jenis pil perangsang dan gula-gula seks dianggarkan bernilai hampir RM1 juta dalam satu serbuan di sebuah kilang haram yang menjadi stor menyimpan bahan haram itu di Balakong.
 
Bahan berkenaan yang dipercayai diseludup dari China dan Thailand dikesan mengandungi pelbagai kimia fosfodiesterase (PDE) selain turut dicampur Analog Tadalafil atau Sildenafil boleh menyebabkan penggunanya diserang penyakit jantung.
 
Menurutnya, lemah tenaga batin sebenarnya petanda individu terbabit mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit buah pinggang serta jantung dan masalah mereka itu hanya boleh diselesaikan dengan rawatan doktor.
 
"Ramai beranggapan tubuh mereka sihat, hanya bermasalah tenaga batin. Bagaimanapun tanggapan itu salah, sepatutnya mereka perlu berjumpa doktor untuk mengetahui penyakit sebenar mereka, bukan mengambil produk yang bukan-bukan apatah lagi yang dijual di tepi jalan. Mereka tidak sedar ubat pendorong seksual ini mengandungi racun berbahaya dan memberi kesan sampingan hingga membawa maut," katanya.
 
Ismail berkata, lebih membahayakan apabila digunakan oleh mereka yang tidak memerlukannya tetapi mempunyai penyakit jantung dan kencing manis, ia pasti mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. - myMetro
Muhammad Ttuyup , Isnin, Julai 12, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog