Isnin : 21 April 2025   
@ 23 Syawal 1446H / 12:12 AM

5Isnin,Julai

Perosak rumah tangga tak diterima Rasulullah

MENURUT penceramah bebas yang juga Penyampai Tafsir Quran di Radio IKIM.FM, Ustaz Zahazan Muhamed, seorang ulama pernah ditanyai mengenai persoalan 'Apakah cinta itu halal atau haram?'

Ulama itu menjawab, "Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram."
 
Menurut Zahazan, jawapan yang diberikan ulama berkenaan berdasarkan sebuah hadis yang masyhur iaitu "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas meskipun di antara keduanya itu ada perkara yang samar-samar yang banyak orang yang tidak mengetahuinya.'" (Riwayat Muslim no.4178)
 
Katanya, antara perkara yang jelas halalnya iaitu seorang suami mencintai isterinya atau isterinya mencintai suaminya dan lelaki yang mencintai wanita pinangannya juga wanita yang dipinang mencintai lelaki yang meminangnya. Antara perkara yang jelas haramnya iaitu seorang lelaki mencintai perempuan yang bersuami, lalu lelaki itu hatinya asyik memikirkan wanita berkenaan. Hal itu boleh membawa kerosakan rumah tangganya dan kadang-kadang ia boleh menyebabkan terjadinya pengkhianatan suami isteri.
 
"Perkara itu juga, kadang-kadang boleh menimbulkan kekecohan dalam kehidupan wanita itu, menyebabkan fikirannya berserabut, mengganggu hati perasaannya serta menghilangkan ketenangan hidup berumah tangga.
 
"Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w mengancam orang yang bersikap demikian dengan bersabda, "Bukan daripada golongan kami orang yang merosakkan hubungan seorang wanita dengan suaminya." (Riwayat Abu Daud no.2177)," katanya.

Selain itu, Zahazan turut memberi contoh lain iaitu wanita menaruh cinta kepada lelaki lain yang bukan suaminya. Katanya, dalam kes seperti itu, wanita sering terkenang dan sibuk memikirkannya sehingga sanggup berpaling atau tidak mempedulikan suaminya. Situasi berkenaan boleh mendorongnya melakukan hal yang lebih besar yang tidak dihalalkan syarak iaitu berzina dan seumpamanya.
 
Jika tidak berlaku sedemikian pun, ia mungkin boleh menggoncang hati dan jiwa sehingga mengeruhkan hubungan suami isteri.
 
"Sikap sedemikian semata-mata mengikut keinginan hawa nafsu sedangkan hawa nafsu adalah seburuk-buruk yang disembah di muka bumi.
 
"Kesimpulannya, wanita yang sudah bersuami wajib berasa cukup dengan suaminya dan reda kepadanya serta cinta yang sepenuhnya kepada suaminya," katanya.
Cik NiNe Che Kadir , Isnin, Julai 05, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog