/

Pelukis temui negatif hasil karya Ansel Adams

DALAM gambar 2 Disember 1980 ini, jurugambar terkenal, Ansel Adams berdiri di hadapan gambar Taman Negara Yosemite yang dirakamkannya berjudul Monolith: The Face of Half Dome, 1927 di kediamannya di Carmel Highlands, California

LOS ANGELES 28 Julai - Seorang pelukis dipercayai menemui 'lombong emas' selepas 65 keping negatif kaca yang dibelinya pada harga AS$45 (RM144) disahkan sebagai hasil kerja jurugambar landskap terkenal Amerika Syarikat (AS), Ansel Adams yang ditaksirkan bernilai AS$200 juta (RM640 juta).

Waris Adams bagaimanapun melahirkan kesangsian mengenai penemuan itu.

Rick Norsigian yang bertugas untuk pentadbiran sekolah Fresno, California membeli negatif tersebut pada satu jualan barangan terpakai di bandar raya itu kira-kira 10 tahun lalu.

Norsigian mendapat harga tersebut setelah tawar-menawar dengan penjual yang pada mulanya menawarkan koleksi itu pada harga AS$70 (RM224).

Beliau menyimpannya di bawah sebuah meja snooker di rumahnya dan kemudian menyimpannya di dalam sebuah peti deposit di sebuah bank tempatan apabila beliau menyedari koleksi itu mungkin berharga.

Beliau nampaknya betul apabila negatif itu yang antara lain menunjukkan imej hitam putih Taman Negara Yosemite, Fisherman's Wharf dan pemandangan lain di San Francisco diisytiharkan minggu ini oleh seorang jurunilai karya seni di Beverly Hills sebagai hasil kerja Adams dan bernilai kira-kira AS$200 juta.

"Saya terduduk apabila mendengar tentang angka tersebut," kata Norsigian kepada wartawan.

Bagaimanapun ketua Galeri Ansel Adams, Matthew Adams yang juga cucu mendiang, meragui dakwaan tersebut dan dalam satu kenyataan berkata, beliau tidak yakin selepas pasukan pakar yang dilantik oleh Norsigian mengemukakan bahan bukti kepadanya pada tahun lepas.

"Saya menganggapnya sebagai satu perbuatan tidak bertanggungjawab untuk mendakwa negatif itu dihasilkan oleh Ansel.   Kami menganggap dakwaan tersebut sebagai sangat besar dan tidak tepat," katanya kepada AOL News.

Malah pemegang amanah yang juga pengurus Ansel Adams Publishing Rights Trust, Bill Turnage menyifatkan negatif Norsigian itu sebagai satu 'penipuan'. - Reuters

Adam Merah , Khamis, Julai 29, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog