2+4 hrs...Twogether Fourever

Selasa : 8 April 2025   
@ 10 Syawal 1446H / 3:47 AM

10Sabtu,Julai

Ketulan tanda kanser buah zakar


Soalan: DOKTOR, mengenai tajuk kanser buah zakar yang disiarkan sebelum ini, saya ingin tahu lebih lanjut mengenai individu yang memiliki risiko tinggi dijangkiti penyakit ini. Untuk pengetahuan doktor, saya suka menunggang basikal. Apakah saya tergolong dalam golongan berisiko tinggi?


Ingin Tahu

Jawapan: UNTUK makluman saudara, ketika ini, belum ada bukti kukuh boleh mengaitkan aktiviti berbasikal atau sebarang aktiviti fizikal dengan kanser buah zakar. Memang ramai lelaki menganggap bahawa memakai seluar ketat dan posisi ketika menunggang basikal boleh menyebabkan kanser buah zakar pada jangka masa panjang. Tetapi, kajian menunjukkan bahawa perkara ini tidak berlaku.

Ada beberapa faktor risiko yang menyebabkan terjadinya kanser buah zakar:

1. Umur

Kanser buah zakar jarang berlaku sebelum seseorang itu baligh. Kanser ini sering terjadi pada lelaki yang berumur sekitar 30-an dan jarang berlaku pada peringkat umur lebih dari 60 tahun.

Di United Kingdom (UK), penyakit ini sering melanda lelaki berumur antara 30 tahun dan 39 tahun. Ada dua jenis kanser buah zakar iaitu seminoma dan non seminoma.

Jenis seminoma kerap melanda lelaki berumur pada lingkungan umur 35 tahun ke 40 tahun dan non seminoma pula melanda lelaki berumur 25 hingga 30 tahun.

2. Masalah buah zakar tidak turun (undescended testes)

Ketika bayi lelaki berada dalam perut ibu, kedua-dua testes berada dalam rongga abdomen. Apabila proses tumbesaran berlaku, kedua-dua testes akan mula bergerak turun ke bawah.

Apabila dilahirkan, kedua-dua buah zakar akan berada dalam kerandut buah zakar. Ada juga keadaan di mana buah zakar ini tidak menurun. Ini boleh berlaku kepada satu atau kedua-dua buah zakar.

Masalah buah zakar tidak turun ini adalah salah satu faktor risiko untuk mendapat kanser buah zakar. Satu lagi ialah sekiranya pembedahan untuk menurunkan buah

zakar lambat dilakukan, ia juga menjadi salah satu faktor risiko jika dibandingkan dengan buah zakar yang dibawa turun secara pembedahan pada umur yang muda dan sebelum baligh.

3. Kumpulan etnik.

Kanser buah zakar ini kerap melanda orang-orang Caucasian jika dibandingkan dengan orang orang di Asia. Di Amerika Syarikat (AS), nisbah lelaki mendapat kanser buah zakar ialah lima dalam 100,000 orang.

4. Masalah buah zakar.

Kanser buah zakar juga kerap melanda buah zakar yang tidak matang. Ini sering dilihat dalam penyakit yang dikenali sebagai Gonadal Dysgenesis. Salah satu contoh gonadal dysgenesis ialah Klinefelter Syndrome. Di dalam penyakit ini, buah zakar tidak membesar sepenuhnya dan berada dalam keadaan lembik dan kecil.

5. Kerjaya.

Ada beberapa jenis kerjaya yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kejadian kanser buah zakar. Kerjaya seperti mekanik yang terbabit dengan minyak petrol besi, juga mereka yang terbabit dalam industri percetakan dan kulit.

Adalah dikatakan, pendedahan kepada bahan bahan kimia dalam industri ini boleh meningkatkan risiko seseorang lelaki mendapat kanser buah zakar.

6. Genetik.

Kanser buah zakar boleh berlaku di kalangan keluarga. Risiko seseorang lelaki mengidap kanser buah zakar adalah tinggi sekiranya keluarga terdekat seperti abang atau ayah mengidap penyakit yang sama.

Bagaimanapun, apa yang penting ialah aspek pencegahan. Saudara perlu peka dengan tanda-tanda kanser buah zakar. Ia sering bermula dengan bengkak atau ketulan pada buah zakar. Bengkak atau ketulan ini selalunya keras dan tidak menimbulkan kesakitan apabila disentuh.

Lakukanlah pemeriksaan sendiri pada buah zakar anda untuk memastikan tiada ketulan atau bengkak pada buah zakar zakar. Jika ada tanda-tanda seperti di atas atau sekiranya saudara tidak pasti, dapatkanlah nasihat doktor.

Ia dapat dikesan dengan mudah dengan cara pemeriksaan ultrasound dan pengambilan darah untuk tumour markers seperti alpha feto protein dan beta HCG.

Tanya Doktor Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.

Oleh Shamshul Azree Samshir
tanyadrxy@bharian.com.my
Muhammad Ttuyup , Sabtu, Julai 10, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog