2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kapal abad ke-18 ditemui dekat WTC

AHLI arkeologi menanggalkan satu demi satu badan kapal abad ke-18 yang ditemui di tapak pembinaan bangunan World Trade Center di New York, kelmarin.

NEW YORK 27 Julai - Ahli-ahli arkeologi hari ini memulakan proses menanggalkan bahagian-bahagian sebuah kapal abad ke-18 yang diperbuat daripada kayu ditemui tertimbus bersebelahan tapak pembinaan semula World Trade Center, di sini.

Menurut Ketua Kumpulan Arkeologi Laboratorium Konservasi Maryland, Nichole Doub, setiap papan kapal tersebut akan dikeringkan bagi memudahkan ia dipasang semula untuk dipamerkan.

Sebahagian 9.7 meter bahagian kapal yang tidak diketahui namanya itu telah dijumpai awal bulan ini oleh pekerja binaan yang sedang menjalankan kerja-kerja membina semula garaj World Trade Center.

Para arkeologi begitu gembira dengan penemuan bahan sejarah itu. Mereka berhati-hati mengasingkan bahagian kapal itu bagi mengekalkan bentuk asal kapal tersebut.

"Ini adalah kapal pertama yang saya kaji. Saya sudah bekerja dalam bidang arkeologi di New York hampir 30 tahun," kata Pengarah Arkeologi AKRF sebuah firma syarikat jurutera perancang projek tersebut, Diane Dallal.

Pakar sejarah percaya kapal tersebut telah dibuang setelah ia digunakan pada sekitar 1810 untuk kerja-kerja menimbun tanah di kawasan tanah rendah di Mahanttan.

Usia sebenar kapal tersebut akan ditentukan oleh makmal analisis.

Pakar Sejarah dari Universiti Maine dan juga pakar kapal abad ke-18, Warren Riess pula berkata, bahagian yang tertimbus itu mungkin dari bahagian laluan dalam kapal.

Tambah Riess, kapal tersebut mungkin juga belayar dari New York ke Boston, Virginia ataupun Barbados yang membawa bekalan seperti tepung, batu bata atau jerami.

"Pada pandangan pertama saya, ia (kapal itu) mungkin kapal dagang," katanya.

Kapal itu ditemui masih kukuh disebabkan ia telah diawet sebelum tertimbus.

Kata Riess, penemuan kapal tersebut merupakan sesuatu yang sangat penting untuk sejarah kerana tidak ada sesiapa yang menyimpan data berkaitan kapal yang dibina 200 tahun lalu.

Penemuan kayu kapal tersebut di kedalaman enam meter di bawah permukaan jalan yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan tinggi menunjukkan sejarah Manhattan sebagai pusat perdagangan terkenal suatu ketika dahulu. - AP

Muhammad Ttuyup , Rabu, Julai 28, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog