LONDON - Satu set gigi palsu yang pernah dipakai oleh bekas Perdana Menteri paling popular Britain, Sir Winston Churchill dilelong kelmarin pada harga £15,200 (RM75,249) tiga kali lebih tinggi daripada nilai tawaran bidaan asal.
Bahagian atas gigi tiruan yang dianggap telah menyelamatkan dunia daripada bencana Perang Dunia Kedua itu dibeli oleh seorang pengumpul barangan peribadi pemimpin-pemimpin era Perang Dunia Kedua itu yang identitinya tidak didedahkan dalam satu majlis lelongan.
Churchill menjadi ketua kerajaan Britain dari 1940 hingga 1945 dan 1951 hingga 1955 dan beliau terkenal kerana kemahirannya berpidato sehingga mampu menaikkan semangat askar-askar menentang tentera Nazi Jerman.
"Sejak zaman kanak-kanak, Churchill terkenal dengan sebutan pelat huruf S namun gigi palsu yang dipakainya tidak pula dipasang dengan sempurna," kata Ketua Pembelajaran Muzium Hunterian, Kolej Perubatan Diraja, Jane Hughes.
Tiga set gigi palsu itu dihasilkan juruteknik pergigian, Derek Cudlipp menjelang perang semasa Churchill berusia 65 tahun dengan satu set daripadanya dikebumikan bersama pemimpin itu setelah negarawan tersebut meninggal dunia pada 1965.
Satu set gigi itu dilelong oleh seorang anak juruteknik itu. Menurut anak Cudlipp, bapanya membuat tiga set gigi kerana Churchill kerap merosakkannya.
Churchill amat menghargai gigi tiruan itu sehingga sering meminta Cudlipp datang ke pejabat beliau di Downing Street untuk membetulkan giginya. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "