TOKYO: Penduduk di seluruh dunia kini merasai kesan gelombang panas yang dijangka berlarutan.
Malah, cuaca panas dianggap penyebab kebakaran di kota Kanada, Toronto hingga memutuskan bekalan kuasa selain menjejaskan lawatan Ratu Elizabeth.
Ramai yang melompat ke dalam sungai atau tasik untuk sejuk tetapi menemui ajal kerana tidak menghiraukan amaran supaya mengelak lokasi tertentu yang dalam atau tidak berada dalam keadaan mabuk ketika menyejukkan diri masing-masing.
Seorang pegawai berkata: Minggu lalu, 285 orang maut kerana lemas apabila tidak mengikut arahan melakukannya di tempat yang ada kemudahan atau berada dalam keadaan mabuk.
Di Taiwan, seorang lelaki yang cuba mengelak daripada bahang panas menemui ajal apabila masuk ke dalam bilik ais dan ditemui dalam keadaan beku selepas tertidur.
Suhu dilaporkan mencapai 37 darjah Celcius di Taiwan. Keadaan yang sama juga dilaporkan di negara lain di Asia termasuk China, India dan Pakistan.
Beberapa kawasan di utara China termasuk Beijing, Hebei dan Shaanxi selain wilayah timur, Shandong province, mencatat suhu 38 hingga 40 darjah Celcius.
Malah, di Perancis, laporan mengatakan bukan saja manusia tetapi juga haiwan cuba mencari jalan mengelak cuaca panas.
Di ibu kota Belgium, Brussels, suhu dilaporkan mencapai tahap tertinggi sejak 1976 ketika penduduk bersedia memulakan percutian musim panas.
Bandar raya itu yang biasa mendung mencatat suhu 40 darjah Celcius. Di Jerman, suhunya juga melepasi 30 darjah Celcius menyebabkan ramai penduduk berehat dekat kolam dan pancutan air di taman seluruh negara itu.
Rantau timur laut Amerika Syarikat tidak terkecuali daripada fenomena gelombang panas apabila mencapai suhu 38 darjah Celcius dan lebih tinggi di bandar utama termasuk New York, dan Washington. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "