LYON 30 Julai Satu takungan air yang boleh mengisi 20 kolam renang saiz Olimpik, terperangkap di dalam sebuah glasier di Gunung Blanc, dan boleh pecah pada bila-bila masa serta mengancam nyawa penduduk di sebuah lembah di Pergunungan Alp di Perancis.
Penyelidik di Pusat Kebangsaan bagi Penyelidikan Saintifik (CNRS) berkata, sebanyak 65,000 meter padu air yang ditemui terperangkap di dalam glasier Tete-Rousse boleh mencurah keluar dan memusnahkan segala yang berada di laluannya termasuk kampung-kampung berdekatan dan hampir 900 rumah kediaman.
Mala petaka sedemikian pernah berlaku di kawasan tersebut pada 1892, menyebabkan kira-kira 200 orang maut.
Penyelidik menemui takungan air itu sewaktu melakukan pemeriksaan rutin ke atas glasier berkenaan.
"Kami tidak menjangka menemui takungan air itu," kata jurutera geofizik CNRS, Christian Vincent.
Beliau menyifatkan penemuan itu sebagai sesuatu yang jarang berlaku kerana air di dalam glasier selalunya meleleh keluar perlahan-lahan.
"Dalam kes ini, glasier itu memerangkap air yang sangat sejuk dan boleh meletup akibat tekanan. Ia sekarang seperti sebuah periuk tekanan," kata Vincent.
Pihak berkuasa memberi amaran kepada kira-kira 3,000 penduduk dan memberitahu mereka mengenai langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengalirkan air itu.
"Operasi mengepam air melalui lubang-lubang yang digerudi ke atas glasier itu akan dijalankan mulai pertengahan bulan depan sehingga Oktober ini untuk mengalirkan air itu," kata Datuk Bandar St. Gervais, Jean-Marc Peillax. Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "