HANOI 16 Jun - Tiga puluh lima tahun selepas perang Vietnam, satu tanda harga bernilai AS$300 juta (RM990 juta) diletakkan di atas kesan paling kontroversi yang masih mencemarkan hubungan Amerika Syarikat (AS)-Vietnam iaitu senjata kimia, Agen Oren.
Satu pelan tindakan yang diumumkan semalam, julung-julung kalinya meminta kerajaan AS dan negara penderma lain menyediakan dana sebanyak AS$30 juta (RM99 juta) setiap tahun bagi tempoh 10 tahun untuk membersihkan lokasi-lokasi yang dicemari dioksin, sejenis bahan kimia yang terdapat dalam racun rumpai tersebut.
Pembiayaan itu juga akan digunakan untuk merawat rakyat Vietnam yang mengalami kecacatan termasuk mereka yang terdedah kepada Agen Oren.
Washington sebelum ini dilihat lambat menyelesaikan isu tersebut setelah bertahun-tahun membantah bekas musuhnya itu berhubung keperluan lebih banyak penyelidikan saintifik bagi membuktikan racun herba yang disembur menggunakan pesawat AS semasa perang itu, mengakibatkan masalah kesihatan dan kecacatan bayi baru lahir di Vietnam.
"Kami bercakap tentang satu kesan besar dari Perang Vietnam, satu punca utama yang menjengkelkan hubungan penting ini.
"Pembersihan racun herba dari perang Vietnam itu jauh lebih rendah kosnya berbanding tumpahan minyak BP di Teluk yang perlu dibersihkan," kata pengerusi bersama kumpulan kerja AS-Vietnam yang mengeluarkan laporan tersebut, Walter Isaacson.
Laporan berkenaan dikeluarkan Kumpulan Dialog AS-Vietnam tentang Agen Oren/ Dioksin, satu barisan pembuat dasar, saintis dan warga negara yang dibentuk pada 2007 bagi mencari jalan untuk menyelesaikan isu yang telah lama berpanjangan itu.
Ia menggesa pembersihan tapak-tapak yang dicemari racun herba tersebut, penjagaan lanjutan dan rawatan untuk rakyat Vietnam yang mengalami kecacatan dipercayai akibat agen itu dan pemulihan semula ekosistem yang musnah.
Pihak tentera AS menyembur kira-kira 75 juta liter Agen Oren dan racun rumpai lain di satu pertiga daripada keluasan Vietnam Selatan antara 1962 hingga 1971 bagi merosakkan tanaman dan hutan yang menjadi tempat perlindungan gerila.
Laporan itu menyatakan, bahan kimia tersebut merosakkan kira-kira dua juta hektar hutan sebesar keluasan Massachusetts dan 202,000 hektar tanaman. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "