2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 8:11 PM

18Jumaat,Jun

Viagra wanita kurang efektif

WASHINGTON: Menurut Badan Kesihatan Persekutuan Amerika, dua kajian menunjukkan pil meningkatkan daya rangsangan seksual wanita yang pertama terhasil gagal menepati matlamatnya.

Walaupun begitu, pihak Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika (FDA) menyatakan terdapat laporan daripada segelintir wanita yang berasa lebih terangsang tahap seksual mereka selepas mengambil pil merah jambu itu.
 
Syarikat Boehringer Ingelheim memohon FDA meluluskan sejenis ubat iaitu 'flibanserin' digunakan bagi membantu wanita yang mempunyai daya rangsangan seksual yang lemah dan dijangka mampu memberi kesan efektif seperti viagra. Bagaimanapun, pakar FDA masih membuat penyelidikan terhadap tahap keselamatan dan kesan ubat itu. Mereka akan mengkaji kesan sampingan ubat itu berikutan masalah seperti kemurungan, pitam dan sakit kepala sering dialami golongan wanita yang mengambil pil rangsangan seksual.
 
Ubat 'flibanserin' yang dikategorikan sebagai ubat antikemurungan memberi kesan terhadap serotonin dan beberapa organ otak.
 
"Kami kurang pasti bagaimana ia dapat berfungsi secara terperinci tetapi kami percaya ia bertindak terhadap cecair dalam otak yang mempunyai kaitan langsung dengan daya rangsangan seksual manusia," ujar Dr Peter Piliero, Pengarah Eksekutif Boehringer Amerika.

Ingelheim yang beribu pejabat di Jerman menghasilkan pelbagai ubat untuk sakit jantung, sindrom kurang daya tahan penyakit (HIV) dan juga penyakit lain. Syarikat ubat di Amerika banyak melakukan kajian untuk menghasilkan 'viagra wanita' tetapi menghentikannya apabila ia gagal memberi kesan.

Sejak pelancaran Viagra untuk lelaki di pasaran pada 1998 menunjukkan keberkesanan, lebih 24 penyelidikan membabitkan RM6.6 juta (AS$2 juta) dilakukan bagi mencari penyelesaian kepada golongan wanita yang mengalami masalah seksual. Hingga kini FDA hanya meluluskan sejenis peralatan unik yang boleh digunakan bagi melancarkan peraliran darah ke organ sulit wanita yang dapat meningkatkan daya rangsangan seksual mereka.

Pakar Urologi Hospital Lenox Hill di New York, Dr Elizabeth Kavaler berkata, daya rangsangan seksual bagi wanita amat rumit dan sememangnya tidak praktikal ia dapat diatasi dengan pengambilan ubat-ubatan.

"Daya rangsangan seksual bagi wanita amat berbeza dengan lelaki yang mampu diatasi dengan mengambil ubat tertentu. Jika seseorang wanita itu menghadapi masalah dalam kehidupan seksualnya memang sukar untuk mengatasinya," katanya. - AP

Muhammad Ttuyup , Jumaat, Jun 18, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog