Khamis : 17 April 2025   
@ 19 Syawal 1446H / 3:44 PM

30Rabu,Jun

Tunggang basikal lima minit sehari untuk kuruskan badan

WASHINGTON: Satu kajian dijalankan penyelidik Amerika Syarikat mendapati, amalan menunggang basikal selama lima minit setiap hari boleh membantu wanita muda mengurangkan berat badan dan mengekalkan bentuk tubuh mereka.

Pasukan penyelidik di Sekolah Kesihatan Umum Harvard dan Hospital Wanita Boston juga melaporkan wanita dengan berat badan berlebihan adalah kelompok menerima faedah paling banyak daripada amalan ini.
 
"Sedikit masa yang diambil untuk menunggang basikal membantu wanita mengawal berat badan, tetapi semakin lama masa yang diambil, lebih baik. Wanita yang mengalami kegemukan paling banyak mendapat faedahnya," kata salah seorang penyelidik, Rania Mekary.
 
Penganalisis menyifatkan hasil kajian ini memberi perangsang kepada wanita yang mengalami masalah berat badan kerana ia boleh menggantikan amalan berjalan kaki atau berkereta.

"Kajian ini juga boleh membantu penggubal dasar untuk mencari jalan 'memperlahankan' epidemik kegemukan yang semakin meningkat di Amerika," kata penyelidik dalam hasil kajian yang diterbitkan Arkib Perubatan Dalaman Amerika.

Dua pertiga warga dewasa Amerika kini mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes manakala 16 peratus kanak-kanak dan remaja turut berdepan masalah sama.

Penyakit yang berpunca daripada berat badan berlebihan, menyebabkan negara itu terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan bernilai berbilion dolar.

Presiden Amerika, Barack Obama sudah mengarahkan isteri beliau, Michelle dan setiausaha kabinet mencari jalan menangani masalah ini.

Antara rancangan yang dirangka termasuk perubahan suasana kejiranan dan bandar raya bagi memudahkan warga Amerika bersenam. – Reuters
Muhammad Ttuyup , Rabu, Jun 30, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog