2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 10 April 2025   
@ 12 Syawal 1446H / 1:04 AM

19Sabtu,Jun

Saintis temui tarikh sebenar era Firaun

SEORANG ahli arkeologi memeriksa dengan mikroskop patung kayu Osiris dipercayai dari zaman Firaun di Kaherah, Mesir, kelmarin.
 
WASHINGTON 18 Jun - Saintis buat pertama kali berjaya menentukan tarikh pemerintahan dinasti Mesir purba melalui sampel-sampel karbon tumbuhan yang diperoleh.

Keputusan itu memaksa pakar sejarah meneliti semula rekod bagi tempoh 2,000 tahun lalu semasa pemerintahan Mesir purba menguasai dunia Mediterranean dan diharap akan mengakhiri perdebatan antara pakar arkeologi Mesir.

Diketuai Profesor Christopher Ramsey dari Universiti Oxford Britain, satu pasukan antarabangsa menguji biji benih tanaman, bakul, kain, batang tumbuhan dan buah-buahan yang diperoleh dari pelbagai muzium di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

"Buat kali pertama, tarikh radio karbon yang diperoleh sangat tepat sehingga cukup untuk mengenal pasti tarikh sebenar pemerintahan Mesir purba. Saya rasa cendekiawan dan saintis juga gembira mendengar bahawa pasukan kecil kami berjaya menjalankan penyelidikan satu kurun hanya dalam masa tiga tahun," kata Ramsey.

Tarikh pemerintahan Mesir Purba, Pertengahan dan Kerajaan Baru dikenal pasti berdasarkan dokumen-dokumen sejarah atau penemuan arkeologi, namun jangkaan itu biasanya tidak menentu kerana tarikh setiap dinasti akan diubah.

Data terbaru penyelidikan menunjukkan pemerintahan Djoser, firaun terkenal semasa Kerajaan Mesir Purba adalah antara 2,691 dan 2,652 Sebelum Masihi, kira-kira 50 hingga 100 tahun lebih awal daripada pendapat sebelum ini.

Kajian itu yang disiarkan hari ini dalam edisi jurnal Sains AS turut menyimpulkan bahawa pemerintahan Kerajaan Mesir Baru bermula lebih awal dari yang dijangka iaitu antara 1,570 dan 1,544 Sebelum Masihi.

Anggota pasukan penyelidikan itu termasuk beberapa pakar dari Universiti Oxford dan Cranfield di Britain, Pusat Kebangsaan untuk Penyelidikan Saintifik (CNRS) di Perancis dan pakar dari Austria serta Israel.

Penetapan tarikh radio karbon yang turut dikenali sebagai kaedah 'tarikh karbon-14', merupakan satu teknik yang boleh menentukan usia bahan organik dengan tepat. - AFP

Muhammad Ttuyup , Sabtu, Jun 19, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog