/

Remaja Paling Ramai Maut Akibat Nahas Jalan Raya

KUALA LUMPUR, 22 Jun - Remaja berusia antara 16 dan 20 tahun merupakan golongan paling banyak kehilangan nyawa akibat nahas jalan raya di Malaysia pada 2008, kata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Institut itu menyatakan statistik polis menunjukkan bahawa remaja adalah kelompok rakyat Malaysia yang paling ramai meninggal dunia akibat nahas jalan raya dari 2006 hingga 2008.

Katanya sebanyak 889 remaja maut di jalan raya pada 2006, 748 pada 2007 dan 1,149 pada 2008.

"Jumlah kes demikian amat membimbangkan dan menuntut agar langkah keselamatan sedia ada dan pelbagai inisiatif yang sedang diambil bagi menjamin keselamatan pengguna muda jalan raya perlu dikaji semula dengan segera," kata Ketua Pengarah MIROS Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam satu kenyataan di sini hari Selasa.

Beliau berkata kebanyakan kes kehilangan nyawa dan kecederaan melibatkan remaja yang menunggang atau membonceng motosikal, diikuti kemalangan membabitkan kereta.

"Setiap hari, contoh remaja yang memandang remeh tentang keselamatan jalan raya dapat dilihat dengan ketara apabila kebanyakan mereka yang menunggang motosikal tidak memakai topi keledar, terutama di luar bandar dan kawasan perumahan, tidak memakai topi keledar dengan kemas dan memandu secara berbahaya serta tidak mengamalkan etika sewajarnya semasa di jalan raya," kata beliau.

Dr Ahmad Farhan berkata sejumlah 3,898 kemalangan maut yang dicatat pada 2008 melibatkan penunggang motosikal dan jumlah ini meningkat kepada 4,067 pada 2009.

Beliau menyeru ibu bapa agar tidak membenarkan anak mereka yang tidak mempunyai lesen memandu dan yang di bawah umur menunggang motosikal atau memandu kereta di jalan raya kerana perbuatan itu bukan saja membahayakan nyawa anak masing-masing, tetapi juga pengguna jalan raya lain.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) Zaidi Aziz berkata pihknya sedang menimbangkan pendekatan lebih berkesan bagi menangani kes kemalangan maut dalam kalangan remaja di negara ini. - Bernama

Adam MeRAH , Rabu, Jun 23, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog