Konsep itu diilhamkan daripada sawah bukit seperti yang terdapat di Bali, Indonesia. Ia sering kelihatan di pusat peranginan mewah seperti Marina Bay Sands.
"Di Singapura, Marina Bay Sands akan menjadi tarikan utama, tempat industri pelancongan dijangka meledak," kata jutawan judi, Sheldon Adelson yang juga Pengerusi Vegas Sands Corp, syarikat pemilik pusat peranginan itu, ketika merasmikan resort berkenaan.
Hotel gergasi itu yang kini menguasai pemandangan latar langit Singapura, mempunyai 2,560 bilik dan suite, sekumpulan chef ternama, kawasan beli-belah, pawagam, muzium, kasino dan astaka kristal.
Pusat peranginan berkenaan dijangka menggunakan khidmat 10,000 pekerja secara langsung dan menjana pendapatan RM233 juta setahun. Untuk memasuki kasinonya saja, pengunjung dikenakan bayaran kira-kira RM250 sehari. Sehingga ini, purata 25,000 orang sudah mengunjunginya sejak pembukaan fasa pertama kira-kira dua bulan lalu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Marina Bay Sands, Thomas Arasit berkata, dia menjangka jumlah itu akan meningkat sehingga 70,000 orang sehari, 18 juta setahun.
Reka bentuk resort itu dihasilkan oleh Moshe Safdie dan sepatutnya dirasmikan pada 2009. Bagaimanapun ia ditangguhkan kerana masalah kekurangan bahan, tenaga buruh serta pembiayaan akibat krisis kewangan global.
Majlis pembukaan Rabu lalu diserikan dengan perlumbaan berani mati, membabitkan tiga peserta dalam tujuh pasukan yang mendaki tiga menara pusat berkenaan secara berganti-ganti sebelum berlari ke garisan penamat yang merentasi Sands SkyPark sepanjang 340 meter, tempat kolam infiniti itu terletak. - myMetro Ahad

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "