Jumaat : 11 April 2025   
@ 13 Syawal 1446H / 8:57 AM

29Selasa,Jun

Produk tiruan Po Chai Pills mengandungi racun

KUALA LUMPUR: Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati dengan kemunculan produk tradisional tiruan, Po Chai Pills yang dikesan mengandungi sejenis racun, diclofenac.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata produk yang dikilangkan di Hong Kong itu digunakan secara tradisional untuk melegakan demam, selesema, cirit-birit, muntah dan sakit perut.

"Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Hong Kong turut mengeluarkan amaran kepada orang ramai untuk tidak membeli atau menggunakan produk tradisional yang disyaki tiruan itu dengan nombor kelompok 21214 kerana dikesan mengandungi racun diclofenac, 22 Jun lalu. Produk dari kelompok ini didapati berbeza daripada aspek pembungkusan dan warna pil yang lebih gelap berbanding produk asal," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di Malaysia sudah mendaftarkan satu produk yang dikilangkan Li Chung Shing Tong, Hong Kong dengan nama Poh Chai Pill bernombor pendaftaran MAL 19988034T.

"Pemegang pendaftaran yang juga pengedar tunggal produk berkenaan di Malaysia iaitu Po Chai Herbal Technology(M) Sdn Bhd juga mengesahkan bahawa produk campur palsu kelompok 21214 berkenaan tidak dikilangkan pengeluar di Hong Kong dan ia produk tiruan.

"Diclofenac adalah sejenis ubat penahan sakit yang mendatangkan kesan sampingan seperti gangguan gastro-usus termasuk gastrik, loya, muntah, ulser peptik dan pendarahan.

"Malah, ia diklasifikasikan sebagai racun dalam Jadual Pertama di bawah Akta Racun 1952 dan hanya boleh dibekal doktor atau ahli farmasi
," katanya.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya berwaspada ketika membeli produk berkenaan dan memastikan ia produk tulen.

"Produk tradisional yang berdaftar di Malaysia dinilai dari segi kualiti dan keselamatan serta disyaratkan untuk mempunyai pelekat hologram. Sekiranya terdapat sebarang keraguan, orang ramai boleh menyemak kesahihan produk di farmasi komuniti swasta berhampiran," katanya.

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my
Muhammad Ttuyup , Selasa, Jun 29, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog