Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 4:06 PM

3Khamis,Jun

Perbelanjaan ketenteraan global meningkat

STOCKHOLM 2 Jun - Perbelanjaan ketenteraan global merekod peningkatan pada tahun lalu, walaupun dunia mengalami kemelesetan ekonomi, dengan Amerika Syarikat (AS) menyumbang lebih separuh daripada pertambahan tersebut.

Kumpulan pemikir AS, Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) dalam laporannya berkata, sebanyak AS$1,531 bilion (RM5,359 bilion) dibelanjakan di seluruh dunia bagi sektor ketenteraan, naik 5.9 peratus pada tahun lalu berbanding 2008 dan pertambahan 49 peratus berbanding tahun 2000.

"Banyak negara meningkatkan perbelanjaan awam secara umum pada 2009, sebagai langkah untuk menjana permintaan bagi menangani kemelesetan ekonomi.

"Walaupun perbelanjaan ketenteraan bukanlah termasuk dalam pakej rangsangan ekonomi, ia tidak dipotong," kata ketua projek perbelanjaan ketenteraan SIPRI, Sam Perlo-Freeman dalam satu kenyataan.

Institut itu melaporkan, berdasarkan data yang diperolehi, 65 peratus negara menambah perbelanjaan ketenteraan mereka pada tahun lalu.

AS masih mendahului senarai perbelanjaan ketenteraan dengan kos sebanyak AS$661 bilion (RM2,313 bilion) pada tahun lalu atau peningkatan sebanyak 43 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan ketenteraan global.

SIPRI berkata, Washington membelanjakan lebih AS$47 bilion (RM165 bilion) daripada jumlah itu pada tahun lalu bagi tujuan yang sama, menyumbang 54 peratus kepada keseluruhan pertambahan global.

Institut itu berkata, China berada di tempat kedua dengan membelanjakan kira-kira AS$100 bilion (RM350 bilion) untuk sektor itu pada tahun lalu.

Perancis berada di tempat ketiga dengan kos sebanyak AS$63.9 bilion (RM224 bilion).

"Data itu menunjukkan perbelanjaan ketenteraan menggambarkan pilihan strategik jangka panjang di kalangan negara-negara kuasa besar atau sederhana seperti AS, China, Rusia, India dan Brazil, walaupun ketika keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan," jelas Perlo-Freeman. - AFP

Adam Merah , Khamis, Jun 03, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog